Keuntungan bersih suku ketiga CIMB susut kepada RM194.4 juta berikutan impak COVID-19

Malaysia Terima Bantuan Peralatan Perubatan RM19 Juta Dari Kerajaan Jepun – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik Covid-19. Menteri Kesihatan,...

Pemuda UMNO Merbok Harap Penutupan Jambatan Semeling Di Tarik Balik

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan penutupan Jambatan Semeling oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

18 Kematian Akibat Covid-19, Rekod Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes. Ketua...

Malaysia rasmi sokong haram senjata nuklear

KUALA LUMPUR- Hari ini 22 Januari Malaysia menyokong sepenuhnya penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (#TPNW). Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, tiada...

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd merosot 80.75 peratus kepada RM194.44 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2020 daripada  RM1.01 bilion bagi suku yang sama tahun lepas berikutan impak ekonomi daripada pandemik COVID-19.

Perolehan susut kepada RM4.46 bilion daripada RM4.64 bilion sebelum ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CIMB berkata berasaskan tahun ke tahun, pendapatan operasinya merosot 3.7 peratus kepada RM4.47 bilion terutamanya berikutan pendapatan bukan faedah (NOII) berasaskan fi rendah dan margin keuntungan bersih (NIM) rendah disebabkan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia dan persekitaran kadar faedah rendah di pasaran teras.

Bagi tempoh kumulatif sembilan bulan berakhir 30 Sept, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih rendah berjumlah RM979.45 juta berbanding RM3.71 bilion bagi tempoh yang sama pada 2019, manakala perolehan susut kepada RM12.47 bilion daripada RM13.27 bilion sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, ketua pegawai eksekutif kumpulan Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata prestasi suku ketiga adalah seperti dijangkakan kumpulan itu di samping mengambil kira impak pandemik.

“Unjuran ekonomi suku keempat bagi tahun kewangan 2020 kekal lembap akibat peningkatan semula kes COVID-19 di peringkat domestik dan global,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan kumpulan itu terdorong untuk melihat penambahbaikan suku tahunan dengan prestasi asas yang kekal berdaya tahan meskipun terdapat impak peningkatan peruntukan dalam akaun tertentu, kerugian pengubahsuaian dan penyesuaian makroekonomi.

“Kumpulan ini turut mencatatkan pendapatan operasi yang kukuh dalam hampir semua segmen di tengah-tengah penurunan OPR dalam suku ketiga kepada 1.75 peratus di Malaysia dan persekitaran kadar faedah rendah di semua pasaran teras kami.

“Ini dipacu oleh pemulihan yang kukuh dalam unit pengurusan kekayaan dan bankasurans, disokong oleh nisbah akaun semasa dan simpanan (CASA) lebih baik dan pertumbuhan pinjaman kumpulan yang lebih kukuh,” katanya.

Abdul Rahman menambah, kumpulan itu berpuas hati melihat sumbangan signifikan operasi perbendaharaan perbankan borong dan pasaran ke atas prestasi suku ketiga serta peningkatan aktiviti perbankan pelaburan.

Menurut kenyataan itu, asas perniagaan kumpulan itu terus berdaya tahan dan pendapatan operasi meningkat suku ke suku dalam hampir kebanyakan segmennya, dengan pinjaman kasar dan deposit masing-masing menokok 1.6 peratus dan 6.1 peratus, manakala nisbah CASA meningkat kepada 40 peratus.

Pendapatan operasi perbankan borong kumpulan bagi suku ketiga meningkat 7.7 peratus suku ke suku, didorong oleh pertumbuhan NOII sebanyak 22.3 peratus dan pertumbuhan NII iaitu 1.7 peratus.

Melangkah ke hadapan, Abdul Rahman berkata kumpulan itu akan terus menyokong pelanggan dan orang ramai dalam tempoh yang mencabar ini.

“Kami bekerjasama rapat dan menyokong semua inisiatif kerajaan untuk mengutamakan pelanggan yang terjejas dari segi kewangan akibat pandemik ini.

“Bagi memastikan perniagaan kami kekal berdaya tahan terhadap kejutan, kami akan menambah baik tumpuan terhadap pengoptimuman kos, pengurusan modal yang cermat, dan langkah proaktif untuk memperkukuh kualiti aset,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Berita Berkaitan

Malaysia Terima Bantuan Peralatan Perubatan RM19 Juta Dari Kerajaan Jepun – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik Covid-19. Menteri Kesihatan,...

Pemuda UMNO Merbok Harap Penutupan Jambatan Semeling Di Tarik Balik

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan penutupan Jambatan Semeling oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda...

Malaysia rasmi sokong haram senjata nuklear

KUALA LUMPUR- Hari ini 22 Januari Malaysia menyokong sepenuhnya penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (#TPNW). Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, tiada...