Malaysia tak perlukan permohonan maaf Najib, jenayah tetap jenayah – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Permohonan maaf yang dibuat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Malaysia dianggap tidak perlu kerana perbuatan jenayah adalah tetap jenayah, demikian tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Menurut Menteri Pengangkutan itu, permohonan maaf Najib terkait isu skandal 1MDB tidak memberikan sebarang makna kerana ia telah diputuskan oleh mahkamah.

“Ini bukan soal terima apa-apa permohonan maaf. Dengannya (permohonan maaf) atau tidak jenayah tetap jenayah, dia telah pun disabitkan, dan dibuktikan oleh mahkamah.

“Dia didapati bersalah. Itu adalah fakta.

“Jadi pada saya, pada saya permohonan maaf itu tidak bawa apa-apa makna,” tegas Ahli Parlimen Seremban itu pada Isnin.

Anthony kemudiannya ditanya berhubung pendirian DAP jika Najib diberikan hukuman tahanan di rumah.

Namun beliau menegaskan bahawa cadangan itu diketengah untuk reformasi penjara, bukan berkaitan Najib.

“Ini bukan soal Najib.

“Terdapat ketetapan tertentu yakni ada jenayah tertentu tidak boleh dimasukkan ke dalam tahanan rumah.

“Jadi sudah tentu, jenayah yang serius tidak dibenarkan di bawah tahanan rumah,” kata beliau lagi.

Ujarnya lagi, undang-undang baharu berkait tahanan rumah bukan persoalan tentang Najib. Hal ini kerana, bekas Ahli Parlimen Pekan itu masih menghadapi pelbagai pertuduhan di mahkamah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat