Khairuddin pertahan Kuala Nerus atas tiket BN?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tersebarnya poster yang mendakwa penyandang Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali kini bakal mempertahankan kerusi berkenaan atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Bagaimanapun, Khairuddin sekadar menyatakan bahawa poster berkenaan telah lama beredar di media sosial dan beliau menganggapnya sebagai ‘perang saraf’ menghangatkan musim pilihan raya.

“Poster tu dah lama beredar. Saraf saja tu.

“Mengenai sahih atau tidak, kena tanya pejabat Umno WTC,” responsnya ringkas kepada Suara.TV pada Jumaat.

Bekas Menteri Perladangan dan Komoditi itu juga malah masih enggan mengesahkan keahlian beliau sebagai ahli Umno.

“Nantilah, sampai masa saya umumkan,” kata Khairuddin yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat .

Selepas mengumumkan ‘berhenti’ menjadi ahli PAS pada Mac lalu beliau secara terang-terangan mengusahakan penyatuan semula Umno dan PAS dengan menghidupkan Muafakat Nasional (MN).

Khairuddin juga dilihat mesra dan sering mengadakan pertemuan dengan pimpinan Umno pusat mahupun Terengganu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat