PAS yakin menang 17 kerusi DUN Pahang

- Advertisement -

CYBERJAYA: Congakan PAS mendapati, Perikatan Nasional (PN) sehingga kini hampir menguasai 17 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di negeri ini dan jumlah tersebut dijangka meningkat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, jentera parti itu yang turun bertemu pengundi mendapati gelombang menolak Barisan Nasional (BN) dan memilih PN begitu besar.

“Apatah lagi rakyat telah melihat kecemerlangan gabungan PN ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri terutama kegigihan beliau menangani wabak Covid-19 dan kebijaksanaan serta keprihatinan beliau dalam membantu peneroka Felda.

“Begitu juga menteri sama ada dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas yang begitu cemerlang dalam melaksanakan amanah dan berintegriti.

“Dalam suasana pimpinan BN masih lagi dihantui dengan isu-isu integriti seperti rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain, kita yakin rakyat dapat menilai dan akan memilih parti yang lebih berintergriti demi masa depan mereka dan negara serta negeri Pahang,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Rosli berkata, Pakatan Harapan (PH) pula hanya mempunyai sokongan kuat di kerusi-kerusi pengundi bukan Melayu, namun purata senario ini tidak menyeluruh, hanya di tempat tertentu sahaja dan masih gagal menguasai pengundi melayu terutama DAP.

Beliau berkata, pada PRU15 kali ini, Pas mengemukakan calon-calon yang berkebolehan untuk menang, selain lapan bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) lalu yang berpengalaman dalam pentadbiran.

“Pas juga kemukakan calon berwibawa dari pelbagai latar belakang pendidikan sebagai persiapan untuk memimpin negeri.

“Di samping itu, Bersatu dan Gerakan sebagai rakan gabungan PN juga mengemukan calon-calon hebat mereka yang juga dijangka memenangi beberapa kerusi DUN, hubungan dan perbincangan terutama berkaitan agihan kerusi antara parti di dalam PN berjalan dengan sangat harmoni,” katanya.

Beliau berkata, Pas bersama gabungan parti dalam PN Pahang akan bekerja keras untuk menewaskan BN pada PRU15 ini.

“Pas telah memenangi lapan kerusi DUN pada PRU-14 lalu ketika bertanding secara solo dan kalah tipis di beberapa kerusi lain, insya-Allah dengan gabungan baharu pada PRU15 ini, kita yakin PN akan mendapat pertambahan kerusi.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor menyaksikan undi BN tidak bertambah, namun peningkatan dan penambahan undi begitu mendadak kepada PN, jika trend ini berlaku di Pahang, insya-Allah kita akan memenangi lebih banyak kerusi yang memungkinkan PN dapat memerintah negeri Pahang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat