Pelancaran Album Joget Made In Malaysia

- Advertisement -

Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia K-KOMMtelah melancarkan sebuah album mengandungi 10 lagu terbaru bernuansa irama joget yang dinyanyikan oleh penyanyi baru dan artis muda tanahair.

JOGET MADE IN MALAYSIA – Sebuah projek album yang diterbitkan Luncai Emas melalui Dana Kandungan Digital Muzik dari K-KOMM ini cuba mengangkat irama joget ke dalam karya-karya terbaru generasi muda.

Album ini menggabungkan kepakaran penggiat seni professional, pensyarah & pelajar muzik dan seni dari 4 IPTA bersama artis baru pelapis masa hadapan dan akan dipasarkan ke seluruh negara melalui pengedaran digital bermula pertengahan November ini.

Objektif penerbitan album ini untuk memperbanyakkan lagi lagu-lagu baru dengan memasukkan elemen tradisi joget melayu kepada versi baru yang lebih kontemporari, inovatif, dinamik dan menjadi sebahagian proses rejuvenasi muzik Malaysia.

“Menjadi cita-cita saya agar irama tradisi Malaysia menjadi sebagai “Force” dalam penciptaan muzik moden Malaysia. Maka dengan melihat kerancakan populariti muzik “dance” dan “world beat” saya terpanggil untuk menjadikan rentak tradisi Malaysia sebagai taruhan kerana elemen “dance” yang ada pada semua rentak tradisi ini. Joget dipilih untuk taruhan pertama” kata Dato M.Nasir.

Di atas justifikasi inilah, Luncai Emas komited untuk terus memperkasakan lagu-lagu baru dengan suntikan elemen tradisi kita agar identiti muzik kita dapat dibezakan dengan muzik luar.

Secara langsungnya, album ini menggabungkan kerjasama kreatif di antara generasi muda dan penggiat muzik berpengalaman – agar dapat mencorakkan hasil yang unik, bernafas baru dan lebih komersil untuk diminati terutamanya generasi muda.

Dengan elemen baru yang lebih ‘energetic’ dalam penghasilan lagu dan susunan muziknya mengikut trend anak muda masakini yang akan seiring dengan peralatan muzik tradisi seperti rebana, akordian, seruling dan lain-lain.

Sebagai sebuah syarikat rakaman dan pentadbir hakcipta lagu & lirik yang berpengalaman, kami berharap kehadiran album Joget Made In Malaysia ini mampu menjentik rasa generasi muda agar meminati irama joget ini nanti. Semoga lagu-lagu baru generasi anak muda akan datang dapat baru mereka nanti.

Mengekalkan identiti dan jati diri muzik tradisi kita dalam setiap karya t Menurut Penerbit Eksekutif album ini, Keon Omar, tempoh masa menyiapkan projek album ini adalah 5 bulan.

Manakala promosi lagu-lagu ini akan berjalan berterusan selama 1 tahun. Album ini mendapat khidmat Dato’ Dr M.Nasir sendiri selaku Penasihat Kreatif yang memantau setiap lagu yang dicipta anak muda dari sudut kreatif dan komersilnya.

Manakala YM Prof Madya Dr Raja Iskandar Bin Raja Halid, dari Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, UMK sebagai penasihat seni warisan pula memantau irama joget yang dipamerkan dalam setiap lagu-lagu tersebut.

Empat Instituisi Pengajian Tinggi Awam turut terlibat dan menyumbang 1 lagu setiap satu iaitu :

Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI
(Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan)
Universiti Teknologi Mara, UITM
(Konservatori Muzik. Kolej Pengajian Seni Kreatif)
Universiti Malaysia Kelantan, UMK
(Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan)
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan, ASWARA
(Fakulti Muzik Aswara)

Manakala 6 lagu lagi dinyanyikan oleh penyanyi muda muka baru yang berpotensi besar seperti penyanyi muda berketurunan tionghua Sabah – Jacyln Chia, Didie Shazry – UPSI, Jannati Alaudin – UMK, penyanyi muda Sarawak -Lydbie, Puteri Khareeza, Azizul Hakim & Zarina Nordin (Aswara).

Dua rappers popular – Kmy Kmo dan Luca Sickta menyanyikan lagu baru ciptaan mereka manakala dua band indie -Ramayan dan Iqbal M turut menyumbang 1 lagu baru ciptaan mereka.

Setiap single di dalam album ini akan dipasarkan secara digital di setiap laman strim seperti Spot Apple Music dan juga Youtube. Rilisan setiap single ini akan dibuat berperingkat.

Majlis pelancaran dan perasmian album ini dibuat di World Trade Centre, Kuala Lumpur dan ianya disempurnakan oleh Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, Ketua Setiauaha Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.

Luncai Emas mengucapkan jutaan terimakasih kepada pihak-pihak berikut atas sokongan merealisasikan penerbitan album Joget Made In Malaysia ini iaitu :

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA, K-KOMM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, UPSI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, UITM
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN, UMK
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN, ASWARA
DATO’ DR M.NASIR
YM PROF. MADY DR RAJA ISKANDAR BIN RAJA HALID
PARA PENSYARAH, PELAJAR MUZIK, PENYANYI, KOMPOSER, PENULIS LIRIK, PENERBIT

Semoga kehadiran album ini memberikan nilai tambah kepada khazanah muzik tanahair kita.

Suara.tv

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat