Isa ceriakan keluarga Akim, Stacy

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Penyanyi, Akim Ahmad berkongsi kehadiran putera sulung, Isa yang lahir pada 6 Ogos lalu memberikan keceriaan kepada keluarga mereka.

Apatah lagi, selepas mempunyai dua cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup bersama Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam yang juga penyanyi, pasangan selebriti itu akhirnya dikurniakan anak lelaki.

“Pada 6 November ini, Isa genap tiga bulan dan kami bersyukur kerana bayi semakin sihat dan tiada sakit-sakit. Malah, kami baru saja mengambil vaksin yang pertama untuk Isa.

“Sebelum ini kami ada dua orang anak perempuan jadi apabila ada anak lelaki ini, boleh dapat lihat kemanjaan Isa. Kakak-kakak Isa sebelum ini jika hendak tidur letak saja, yang ini kena pegang tangan dulu.

“Saya pun tidak mahu terlalu memanjakannya, kalau tidur pakai buai dan sebagainya kerana susah hendak berjalan nanti. Tapi memang berbeza kemanjaan Isa berbanding kakak-kakaknya,” kata Akim ketika ditemui selepas pelancaran Absolut Music Festival di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

Akim antara 18 artis yang akan menjayakan persembahan sempena konsert percuma di Bandar Malaysia Sungai Besi pada 4 hingga 6 November ini.

Selain Akim, kumpulan rock legenda Search, vokalis Alleycats, Datuk David Arumugam, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Dolla serta ramai lagi.

Bertemakan festival dengan konsep terbuka, program yang mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia diadakan bagi menyemarakkan lagi industri acara yang tampak suram sejak dua tahun kebelakangan ini.

Acara kali ini juga akan memberi peluang rezeki kepada 110 peniaga kecil dan sederhana terdiri daripada industri makanan, minuman, pakaian dan kosmetik untuk menjual barangan mereka.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat