‘Tak perlu umum dah pakai tudung pun’ – Pekin Ibrahim

- Advertisement -

Petaling Jaya: Pelakon berkaliber, Pekin Ibrahim, 41, amat bersyukur apabila isterinya, Mona Allen, 37, bertudung dengan rela hati sejak beberapa bulan lalu dan berharap suri hatinya itu terus istiqamah.

Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim berkata, meskipun memakai tudung bagi wanita Muslim itu wajib, tapi dia tidak pernah menggesa isterinya membuat perubahan secara drastik dan biarlah dilakukan dengan rela hati.

“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung. Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.

“Saya memang tak pernah gesa dia (Mona) untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati. Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Pekin berkata, bagaimanapun dia bersyukur dengan perubahan penampilan bertudung dibuat isterinya dan berharap ia terus berkekalan. Cuma, katanya dia pernah ingatkan Mona agar tidak membuat perkongsian terbuka di media sosial.

“Saya kata dengan Mona, kalau rela hati pakai tudung itu baguslah. Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial. Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen.

“Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan. Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila,” katanya yang menerima Anugerah Dekan, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.

Terdahulu, Pekin mendirikan rumah tangga dengan Mona Allen pada 7 Disember 2018. Hasil perkongsian hidup itu, mereka baharu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin kini berusia dua bulan yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu, selepas empat tahun menanti.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat