Berbaju Batik di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Bantu Industri Batik Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya Dewan Rakyat hari ini mencatat sejarah apabila sebahagian ahli Parlimen memakai baju batik dalam usaha membantu mempromosi dan membangunkan kraftangan berasaskan batik di negara ini.

Sempena meraikan hari bersejarah itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semua Keluarga Malaysia akan menerima rebat tunai RM30 bagi setiap pembelian RM100 yang ditawarkan ke atas mana-mana produk Kraf Malaysia.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli Parlimen yang anggun dan segak mengenakan baju batik Malaysia masing-masing pada hari ini.

“Bagi meraikan hari bersejarah, hari pertama pemakaian batik di Dewan Rakyat, semua Keluarga Malaysia akan mendapat rebat tunai RM30 pada setiap pembelian RM100 yang kita tawarkan ke atas mana-mana produk Kraf Malaysia yang dijual.

“Ini membantu batik kita dan kedai di Parlimen dan mana-mana cawangan di Kraftangan Malaysia, anda dapat rebat RM30 pada setiap RM100 nilainya,” katanya.

Sebelum ini, Dewan Rakyat meluluskan cadangan membenarkan ahli Parlimen memakai baju batik lengan panjang pada setiap Khamis ketika tempoh persidangan.

Walau bagaimanapun, pemakaian baju batik bukan mandatori, sebaliknya secara sukarela.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat