Liverpool Dihimpit Tekanan Biarpun Menang

- Advertisement -

LIVERPOOL: Liverpool menewaskan Midtjylland 2-0 bagi mencipta kemenangan kedua dalam dua aksi Liga Juara-Juara tetapi masalah di bahagian pertahanan memuncak apabila Fabinho mengalami kecederaan.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tidak mengancam pada babak pertama, namun menemui rentak 10 minit selepas rehat apabila Trent Alexander-Arnold mengumpan untuk gol Diogo Jota.

Penalti lewat permainan oleh pemain gantian Mohamed Salah memberikan kemenangan ketika Liverpool kini di kedudukan teratas Kumpulan D.

“Ia malam yang mencabar,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kepada BT Sport.

“Ia sedikit seperti perkahwinan, ada masa yang baik dan buruk. Ia bukan masa yang buruk tetapi penuh muslihat. Kami perlu bersama 100 peratus dan bekerja keras dan itulah yang dilakukan pemain malam ini.”

Bos dari Jerman itu berkata kecederaan Fabinho “adalah perkara terakhir yang kami mahukan.”

“Dia merasai kesakitan hamstring, jadi itu tidak bagus,” kata Klopp.

“Dia tidak begitu merasainya – dia berkata boleh bermain – tapi tidak boleh berlari laju, jadi itu tidak membantu. Kami akan lihat, kami perlu lakukan ujian imbasan dan melihatnya, namun jelas ia tidak bagus.”

Klopp meletakkan barisan penyerang pilihan utama – Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino di bangku simpanan berdepan kelab Denmark itu sambil memberi peluang untuk barisan kedua.

Namun Liverpool yang gagal menyerlah di Anfield, buntu mencari gol berdepan pelawat yang sebelum ini tewas perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara di tangan Atalanta 4-0.

– AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat