Fokus Kekang COVID-19, Lupakan Dulu Soal Politik – PBS

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa semua pemimpin supaya melupakan soal politik terlebih dahulu, sebaliknya memfokus untuk mengekang wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata pihaknya bersetuju bahawa Ahli Parlimen tidak harus berterusan berpolitik sehingga mengganggu struktur pentadbiran negara.

“Dalam menyokong keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk tidak mengisytiharkan darurat di negara ini, kita turut bersetuju tiada keperluan untuk Ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab kerana ia boleh merosakkan kestabilan pentadbiran kerajaan.

“PBS mengalu-alukan titah baginda menyeru semua ahli politik mengetepikan soal politik yang boleh mengganggu pentadbiran negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak) berkata, PBS menyokong penuh usaha Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat dilindungi, terutama dalam memerangi pandemik COVID-19.

“PBS mempercayai kepemimpinan beliau dan akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi untuk beliau melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri.

“Soal peletakan jawatan Perdana Menteri tidak timbul sama sekali dan ini adalah pandangan bersama semua parti politik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“PBS tetap kukuh berdiri di belakang Perdana Menteri dan akan memberikan sokongan penuh dalam memastikan kerajaan PN terus mentadbir Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat