Pembangkang Thailand Kelar Lengan Semasa Sesi Khas Parlimen

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

BANGKOK: Seorang ahli Parlimen pembangkang Thailand mengelar lengannya tiga kali dengan pisau kecil dalam rayuan emosionalnya, meminta kerajaan agar menyelesaikan situasi politik di negara itu, semasa sesi khas Parlimen di sini semalam.

Visarn Techatheerawat adalah Ahli Parlimen Chiang Rai dari Parti Pheu Thai, mengelar lengannya pada akhir sesi perbahasannya untuk memberi penjelasan mengenai ketegangan politik semasa kerajaan itu selepas ribuan penunjuk perasaan antikerajaan berarak di jalanan dalam beberapa minggu kebelakangan ini menuntut perubahan politik dilakukan termasuk peletakan jawatan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha.

Sebelum mengelar lengannya, Visarn yang merupakan Ahli Parlimen sejak 1986 berkata ‘kita harus melakukan sesuatu hari ini’.

“Saya hormat Parlimen. Saya tidak berani melakukan sesuatu yang bertentangan tetapi saya tidak dapat memikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah tanpa darah.

“Permintaan saya mungkin bertentangan dengan peraturan Dewan, tetapi saya harus meminta kebenaran agar darah saya diambil untuk menunjukkan kepada Prayuth niat saya,” katanya sebelum mengeluarkan pisau kecil dari begnya.

Permintaan itu terus dihalang oleh Speaker Dewan Chuan Leekpai dengan berkata, “Saya enggan memberi kebenaran” tetapi Visarn tidak mengendahkannya, sebaliknya terus mengelar lengannya sebanyak tiga kali.

Sesi khas Parlimen itu bersambung semula selepas beliau dikejarkan ke Hospital Vajira dan lukanya dijahit.

Ketika ditemui media di Parlimen selepas mendapat rawatan di hospital, Visarn meminta maaf atas tindakan itu.

“Saya merancang untuk mengelar diri saya sejak 17 Okt lagi, sebagai protes terhadap kerajaan. Saya mahu menyampaikan mesej kepada perdana menteri supaya mendengar gesaan rakyat dan pelajar dalam menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Parlimen Thailand memulakan sesi khas pada Isnin untuk membincangkan protes yang sedang berlangsung bagi menuntut perubahan politik di negara itu.

Sejak pertengahan Julai, penunjuk perasaan berkumpul di Bangkok dan bandar-bandar lain, mengulangi tuntutan mereka untuk perubahan politik, termasuk perdana menteri meletakkan jawatan, pembubaran Parlimen, pindaan Perlembagaan dan reformasi monarki.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

COVID-19: Lebih Banyak Kubur Digali Di Greece

PULUHAN lubang kubur digali di Thessaloniki, Greece setiap hari bagi menanam mangsa korban akibat COVID-19, susulan peningkatan mendadak kes kematian akibat virus itu. Thessaloniki, dengan...

Adolf Hitler Menang Pilihanraya Di Namibia

NAMIBIA: Seorang ahli politik yang dinamakan sempena nama pemimpin Nazi Adolf Hitler, telah memenangi satu kerusi parlimen di Namibia. Adolf Hitler Uunona, mewakili parti SWAPO...

Singapura Nafi Laporan Pekerja Malaysia Merempat Di Negara Itu

SINGAPURA — Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) menafikan dakwaan terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura, kini merempat...