Kabinet restu FELDA ambil semula ladang dipajak FGV

- Advertisement -

KUALA NERUS: Kerajaan merestui cadangan FELDA untuk mengambil semula 350,000 hektar ladangnya yang dipajak kepada FGV Holdings Berhad (FGV) bagi mengukuhkan semula kedudukan kewangannya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata cadangan itu sudah dibincang pada mesyuarat Kabinet dan pada dasarnya kerajaan bersetuju serta merestuinya.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang memperincikan cadangan pengambilalihan itu dan (keputusan muktamad) akan diumumkan menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya selepas majlis sarapan bersama rakyat di Teluk Pasu, di sini, hari ini.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika mengulas cadangan FELDA untuk mengambilalih termasuk mengambil semula 350,000 hektar ladang yang dipajak kepada FGV.

Ahad lalu, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan berkata, agensi itu bercadang mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV dalam usaha mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat