Beza babak belakang tabir

Majlis Presiden PN Akan Ditubuhkan- Hamzah Zainudin

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mencadangkan penubuhan Majlis Presiden yang mana akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti Kerajaan PN. Setiausaha Agung PN, Dato' Seri...

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

BNM sedia kemudahan TRRF dan MEF untuk bantu PKS

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan maklumat lanjut tentang pelaksanaan dua dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19...

CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau kenaikan harga bawang merah di pasaran...

Ubat Punca Maradona Meninggal Dunia

BUERNOS AIRES: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar. Ia didapati selepas serbuan yang dilakukan polis Argentina...

GAMBAR belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya, Uqasha Senrose sedang melahirkan anak dengan memakai seluar panjang mengundang kritikan netizen selepas ia tular di laman sosial.

Sebahagian besarnya mendakwa ia tidak logik kerana realitinya wanita sedang bersalin memang tidak memakai seluar panjang.

Pengarahnya, Michael Ang ketika dihubungi berkata, itu adalah gambar di balik tabir dan apa yang keluar di televisyen nanti semestinya tidak sama kerana menggunakan teknik kamera yang akan menampakkan Uqasha seperti sedang melahirkan anak.

“Saya tak marah dan anggap ia sebagai gurauan netizen semata-mata. Saya ketawa apabila lihat ciapan yang muncul di media sosial. Saya tak marah pun sebab sekurang-kurangnya saya tahu yang orang ramai ambil tahu kewujudan drama ini,” katanya.

Michael berkata, tak mungkin Uqasha perlu tampil membuka seluar supaya kelihatan seperti orang betul-betul melahirkan anak.

“Kita pun menjaga aib pelakon. Takkan nak suruh Uqasha selak kain untuk menjayakan babak itu. Jika dilihat, ada kain yang digunakan untuk menutup seluar itu dan dalam hasil terakhir nanti, teknik kamera akan menampakkan seperti dia bersalin,” katanya.

Michael juga bersyukur kerana pihak stesen TV juga berpuas hati dengan ‘rating’ drama ini.

 

GAMBAR balik tabir babak Uqasha melahirkan anak tetapi memakai seluar panjang yang mengundang kritikan netizen.
GAMBAR balik tabir babak Uqasha melahirkan anak tetapi memakai seluar panjang yang mengundang kritikan netizen.

 

“Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan ‘rating’ Perempuan Tanpa Dosa. Insya-Allah, ia akan dipanjangkan lagi,” katanya.

Sementara itu, pelakon Kamal Adli juga menulis ciapan mengulas mengenai gambar daripada babak lakonannya itu.

“Ini babak di belakang tabir. Tunggu siap, okey. Di belakang tabir memang kita tutup aib dan banyak sudut kamera untuk tutup. Muka berdarah semua tu, korang (anda) tunggu bila babak dah selesai, okay,” tulisnya.

Babak itu mula dikongsi pengguna Twitter di platform media sosial itu sebelum mula dikongsikan di beberapa platform media sosial lain.

Selain Uqasha dan Kamal Adli, drama itu turut dibintangi Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin.

Harian Metro

 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Dulu Sesak Dan Meriah, Koh Samui Kini Ibarat ‘Ghost Town’ Tanpa Kehadiran Pelancong

Boleh dikatakan semua destinasi pelancong di seluruh dunia sesak dengan kehadiran pelancong. Kini, segalanya berubah selepas penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Sunyi sepi tanpa...

Vivo Malaysia Lancarkan Siri V20 Memfokuskan Kamera Swafoto 44-Megapixel ‘Eye Autofocus’

Siri V daripada merupakan sebuah siri yang memfokuskan kepada kreativiti serta kemampuan kamera. Siri ini menjadi pilihan khusus buat mereka yang mahukan yang terbaik...

Dah penat tanya Ziana…

KUALA LUMPUR: Dari tahun ke tahun, persoalan mengenai single terbaharu penyanyi Ziana Zain sering tergantung tanpa jawapan pasti. Empunya diri pun sukar menjawab persoalan berkenaan....