Terbaik dalam kelasnya

- Advertisement -

Menepati ramalan pada tahun ini apabila Apple tidak lagi membariskan variasi iPhone 14 untuk versi ‘Mini’ sebaliknya memperkenalkan siri iPhone 14 Plus yang mula memasuki pasaran pada Oktober depan.

Kali ini, Apple memperkenalkan empat variasi iaitu dua daripada adalah iPhone 14 serta versi ‘Plus’ manakala dua lagi adalah iPhone 14 Pro dan versi ‘Pro Max’ yang menggunakan rekaan skrin baharu berbentuk ‘pill shape’ atau dikenali sebagai ‘Dynamic Island’.

Namun pada kali ini, penulis ingin mengulas lanjut berhubung iPhone 14 daripada rekaan sehingga kepada spesifikasi yang digunakan, sekali gus memudahkan pengguna untuk melakukan pemilihan jika berhasrat menaik taraf peranti sedia ada.

Bagi pandang pertama peranti pintar terbaharu keluaran Apple ini, ia masih mengekalkan beberapa rekaan termasuk kedudukan lensa kamera utamanya di bahagian belakang serta skrin rekaan takuk berbeza dengan versi Pro yang sudah menggunakan rekaan baharu.

REKAAN premium di bahagian belakang bersama tetapan dua lensa untuk siri baharu iPhone 14.
REKAAN premium di bahagian belakang bersama tetapan dua lensa untuk siri baharu iPhone 14.

 

Untuk iPhone 14, ramai yang mengatakan bahawa ia menggunakan cip tahun lalu iaitu A15 Bionic, namun perkara berkenaan adalah separuh benar kerana Apple sudahpun menaik taraf cip mereka dengan padanan pemproses unit grafik (GPU) lima teras.

Jika dibandingkan dengan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, A15 Bionic masih mendominasi daripada aspek kefungsian grafik, kepelbagaian tugas sehingga kepada penjimatan guna bateri berbanding Snapdragon yang masih bergelut dengan masalah haba terlalu panas.

Saiz skrin bagi iPhone 14 pula adalah 6.1 inci dengan padanan skrin Super Retina XDR bersama 2532 x 1170 piksel dan ia adalah paparan OLED, sekali gus memberi kadar kecerahan skrin yang terbaik dalam kelasnya.

Tetapan kamera berkenaan juga sudah dinaik taraf iaitu lensa utama berkeupayaan 12 megapiksel (MP) dengan 26mm bersama kadar bacaan F1.5 Aperture dengan penstabilan imej optikal bersama-sama dengan lensa tujuh elemen.

 

CONTOH rakaman gambar dibuat ketika keadaan pencahayaan kurang oleh iPhone 14.
CONTOH rakaman gambar dibuat ketika keadaan pencahayaan kurang oleh iPhone 14.

 

Lensa kedua pula adakah 12MP sudut ultra lebar bersama 13mm manakala bacaan F2.4 Aperture dengan sudut pandang 120 darjah dan ia didatangkan dengan lensa lima elemen termasuk dua kali zum optikal dan zum digital sebanyak lima kali.

Pilihan warna yang ditawarkan adalah ‘Midnight’, ‘Purple’, ‘Starlight’ dan ‘(Productt) Red’ bersama padanan pelindung seramik di bahagian depan dan rekaan kaca bersama aluminium di bahagian belakang.

Pengguna boleh memilih pilihan storan bermula daripada 128GB, 256GB dan 512GB.

Apple tidak pernah mengecewakan daripada aspek kemasan peranti apabila iPhone 14 ini dibina dengan begitu teliti dan perasaan ‘premium’ berkenaan akan terbit tatkala memegang peranti ini kali pertama.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat