Muhyiddin, MPN boleh kemuka pandangan, pelaksanaan terpulang kerajaan – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa seolah-olah lupa bahawa sebahagian besar masalah yang dihadapi kerajaan hari ini diwarisi dari kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu yang akui kecewa apabila hanya 16 daripada 69 perakuan berkaitan isu utama yang diusulkan majlis itu, dilaksanakan kerajaan.

“Beliau (Muhyiddin) seolah-olah lupa bahawa sebahagian besar masalah yang kerajaan hadapi sekarang adalah diwarisi dari Kerajaan PN.

“Jadi, janganlah bersikap baling batu sembunyi tangan.

“Saya percaya Perdana Menteri dan anggota kerajaan serta kakitangan awam sedang mencuba memberikan yang terbaik bagi berhadapan dengan segala masalah negara,” kata Khaled sebagai respons kepada kritikan Muhyiddin.

Pun begitu menurut Khaled, Muhyiddin berhak mengemukakan segala pandangan terhadap kerajaan.

“Terpulang kepada kerajaan untuk mempertimbangkannya.

“Dan kerajaan mempunyai pelbagai aspek yang harus diambil kira. Hanya kerana cadangan tersebut datang dari MPN maka tidak semestinya dilaksanakan secara automatik,” tegas beliau,

Muhyiddin harus bertindak dalam semangat kolektif.

“Beliau adalah sebahagian daripada kerajaan.

“Sikap menuding jari ini jelas menunjukkan beliau hanya mampu menyalahkan orang lain atas kelemahan cadangan dan hasil kerjanya,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat