Sisi gelap MUDA dibongkar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) didakwa tidak membenarkan ahli-ahlinya lantang bersuara apatah lagi mengkritik kerana berdepan risiko ‘ditendang’.

Di Twitter beberapa bekas pimpinan MUDA negeri tampil berkongsi pengalaman tidak manis sewaktu bersama parti baru itu.

Meskipun MUDA masih mentah dalam arena politik tanah air dengan hanya berbekalkan satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun berdasarkan pendedahan tersebut terlihat MUDA begitu autokrasi.

Bekas Pengarah Biro Pemerkasaan Wanita MUDA Selangor dan merangkap bekas Ketua Parlimen MUDA Sungai Buloh, Farah Mahmud mendakwa, dalam MUDA mulut kena kunci.

“Kalau MUDA Selangor lagi lah, kau lantang sedikit, terus pengerusi susun papan nak ‘eliminate’ kau senyap-senyap. Begitulah realiti,” ciapnya.

Selain itu, bekas Ketua Mahasiswa MUDA Pahang yang juga bekas Ketua Parlimen MUDA Kuantan, Danial pula mendakwa, dalam MUDA Pahang bukan setakat tidak boleh kritik di media sosial malah jika kritik dalam mesyuarat online pun kena’mute’, kena ‘kick’.

Bahkan katanya kalau tanya soalan dalam kumpulan WhatsApp pun dikeluarkan, itu realiti katanya.

ADUN DAP Skudai, Marina Ibrahim juga turut berkongsi pengalamannya berurusan dengan MUDA.

“Aku sendiri dah kena bila kritik MUDA dulu, dua kali. Mengadu sana sini.

“Seharusnya MUDA bukan bersikap kanak-kanak, sampai bila takkan lupa,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat