Peruntukan Lebih RM100,000 Bantu Siswa Siswi Di Lipis – Abdul Rahman

- Advertisement -

LIPIS – Kerajaan Negeri Pahang menyalurkan peruntukan lebih RM 100 ribu untuk sebagai Bantuan Prihatin Siswa / Siswi di daerah ini.

Timbalan Menteri I, Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Sri Abd Rahman Mohamad berkata penyaluran peruntukan tersebut membuktikan kerajaan Pahang komited dalam membangunkan modal insan menerusi pendidikan sekaligus mampu menyediakan tenaga kerja berilmu dan berkemahiran untuk negara.

“Pendidikan adalah aspek yang paling penting untuk mengubah individu, keluarga, kaum dan masyarakat. Sebab itulah kerajaan telah meletakkan aspek pendidikan sebagai agenda utama negara menerusi peruntukan tertinggi sebanyak RM67 Billion dalam Bajet 2022”, ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan dan menyampaikan Sumbangan Bantuan Prihatin Siswa / Siswi Negeri Pahang di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 509 penerima menerima sumbangan berjumlah RM 200 setiap seorang. Siswa dan siswi yang terpilih menerima peruntukan ini adalah mereka yang ditawarkan tempat untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis menambah, peruntukan untuk Siswa dan Siswi untuk Negeri Pahang ini adalah hasil daripada kecekapan pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy yang mentadbir dan memimpin kerajaan Negeri Pahang dengan cekap dan berintegriti sekaligus mampu meningkatkan kutipan hasil hampir RM 1bilion tahun ini.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Sri Wan Rosdi kerana senantiasa meletakkan hal ehwal kebajikan rakyat Pahang sebagai keutamaan dalam kepimpinan beliau. Saya menaruh keyakinan agar kerajaan ini diberikan semula mandat selepas PRU-15 untuk memimpin dan InshaAllah lebih banyak perancangan pembangunan dan kebajikan rakyat di negeri ini mampu untuk dilaksanakan”, ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati siswa dan siswi dari negeri ini untuk memanfaatkan bantuan yang diperolehi bagi perbelanjaan untuk peningkatan akademik di institusi pengajian tinggi masing-masing sekaligus mampu menjadi siswa dan siswi yang cemerlang.

“Siswa dan Siswi hari ini adalah pemimpin masa hadapan negeri dan negara. Saya berharap dengan bantuan ini mampu untuk meringankan beban siswa dan siswi di institusi masing-masing. Selain itu, pelbagai bantuan dan inisiatif lain akan diberikan berdasarkan kepada keperluan dan kemampuan kerajaan”, ujar beliau.

Abdul Rahman turut berharap agar pembentangan Bajet 2023 oleh YB Menteri Kewangan pada 7 Oktober ini akan memberikan lebih banyak peruntukan khususnya kepada pembangunan modal insan untuk mahasiswa dan belia di negara ini memandangkan keduanya adalah aset masa hadapan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat