Pelitup Muka Tidak Lagi Wajib Dalam Kapal Terbang

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan bagi penumpang kapal terbang berkuatkuasa serta merta hari ini.

Menteri Keihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pada 7 September lalu kementeriannya telah mengumumkan kelonggaran terhadap keperluan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan memutuskan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah atas pilihan.

“Berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 serta mengambil kira keperluan terkini, KKM ingin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang.

“Protokol baharu ini akan mula berkuatkuasa serta merta pada hari ini, 28 September 2022.

“KKM bagaimanapun amat menggalakkan agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi kumpulan individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema;

“Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan Individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak,” katanya.

Menurut beliau, keputusan yang dibuat ini adalah mnggunakan pendekatan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang dan beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini.

“Selain itu, kelonggaran ini juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura.

“Keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat