Teka-Teki Ketua Menteri Sabah Berterusan, GRS Kemukakan Calon Baharu?

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Teka-teki siapa Ketua Menteri Sabah masih berterusan apabila pertemuan ketua-ketua parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Tuan Yang Turutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar bin Haji Mahiruddin (TYT) semalam belum menampakkan kata putus.

Laporan awal yang menyatakan TYT akan mengumumkan nama Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu pagi ini jelas belum menjadi kenyataan.

Bagaimanapun terdapat kemungkinan ada nama baharu calon Ketua Menteri dari GRS setelah beberapa ADUN kelihatan keluar masuk Istana Negeri. Antara yang kelihatan masuk ke dalam Istana Negeri ialah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun dan ADUN Tamparuli (PBS) Datuk Jahid Jahim.

Kenyataan Datuk Jahid Jahim bahawa beliau datang menyampaikan surat ikrar sokongan kepada calon Ketua Menteri yang diputuskan oleh GRS menimbulkan spekulasi ada nama baharu dicalonkan. Ini kerana semalam semua 41 Adun yang menyokong GRS telah menandatangani ikrar menyokong dua calon KM GRS iaitu Hajiji Mohd Noor dan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun Istana Negeri telah menetapkan esok sebagai hari Ketua Menteri baharu mengangkat sumpah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat