Selasa Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Yang Baharu

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Majlis angkat sumpah Ketua Menteri yang baharu akan berlangsung di Istana Negeri Sabah pada jam 10.30 pagi esok.

Perkara itu disahkan Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah kepada para petugas media sebentar tadi selepas menerima maklumat daripada pihak Istana Negeri.

Petugas media telah berkampung sejak awal pagi semalam di hadapan pintu Istana Negeri bagi mendapatkan sebarang maklumat berhubung upacara majlis angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Sehingga kini, pengamal media masih berada di hadapan pintu Istana Negeri untuk memantau sebarang pergerakan keluar masuk kenderaan yang dipercayai pimpinan daripada mana-mana parti untuk masuk ke pekarangan istana.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat