Bung, Salleh dan Hajiji Antara Calon Ketua Menteri Sabah

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi memutuskan calon ketua menteri bagi menerajui negeri Sabah.

Ia ekoran kemenangan gabungan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang berjaya menumbangkan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri zshafie Afdal.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi setakat ini, gabungan itu sehingga kini telah berjaya memenangi sekurang-kurangnya 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Menurut sumber terdekat parti itu, UMNO akan mengemukakan dua nama untuk calon ketua menteri iaitu Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan bekas ketua menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula mahu mencadangkan Pengerusi PN, Datuk Hajiji Noor bagi menerajui kepimpinan negeri Sabah.

Terdahulu Bung yang juga Pengerusi UMNO Sabah berkata, beliau cukup yakin dan kerajaan baharu pimpinan GRS dapat dibentuk dengan semangat setiakawan.

“Kita akan membincangkan secara terperinci hala tuju ataupun ke arah mana kerajaan ini memfokus masalah-masalah rakyat di masa akan datang.

“Saya turut berterima kasih kepada jentera Umno dan rakan komponen BN lain yang berkampung di Sabah untuk membantu memenangkan calon BN termasuk Presiden Umno, Naib-Naib Presiden Bossku dan lain-lain,” katanya di sini malam ini.

Sementara itu, Bung Moktar yang turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, berkata soal siapa Ketua Menteri akan dibincangkan bersama rakan GRS dalam masa terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat