#PRNSabah : Beberapa ADUN Warisan Dijangka Akan Lompat Parti Sertai GRS

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Warisan Sabah (Warisan) di katakan akan melompat untuk menyertai kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) esok.

Perkara itu di dedahkan oleh aktivitis politik Sabah, Musli Oli melalui laman Facebooknya sebentar tadi.

“Dijangka beberapa orang YB dari WARISAN akan menyertai GRS selepas majlis angkat sumpah esok. Maklumat sahih,” memetik kenyataan di kemaskini tersebut.

Tindakan tersebut dikatakan bertujuan untuk membolehkan sebuah kerajaan yang kukuh dapat di bentuk di negeri di bawah bayu itu.

Musli bagaimana pun tidak menyatakan secara jelas siapa serta bilangan ADUN yang akan melompat itu.

Terdahulu Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu partinya telah memperoleh kerusi terbanyak iaitu 29 di dalam keputusan pilihan raya negeri (PRN) ke-16 semalam berbanding Perikatan Nasional (PN) 17 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 14 kerusi.

Menurut Shafie mengikut Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah perlu melantik ketua sebuah parti yang telah menang dalam pilihan raya umum sebagai Ketua Menteri dan diyakini mampu mendapat sokongan majoriti daripada DUN.

Bagaimanapun Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membidas kenyataan tersebut sambil menegaskan berdasarkan perlembagaan negeri, gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan.

Menurut Rahman, pembentukan kerajaan negeri bukannya dipilih berdasarkan parti yang mempunyai kerusi terbanyak dikalangan semua yang bertanding.

“Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah telah diinterpretasi sebelum ini oleh mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan dalam kes Tan Sri Musa Aman vs Tun Juhar, bahawa gabungan parti yg memenangi lebih dari 50 peratus kerusi boleh membentuk kerajaan.

“Bukannya parti yang mempunyai kerusi yang paling banyak dikalangan semua yang bertanding,” jelas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Sehingga kini Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin belum memberi perkenan untuk melantik ketua menteri yang baharu.

Tun Juhar melalui satu kenyataan siang tadi meminta sedikit waktu sebelum membuat keputusan.

Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam mencatatkan keputusan PN menang 17 kerusi, BN 14, PBS tujuh kerusi, Bebas tiga kerusi, PKR dua kerusi, UPKO satu kerusi manakala Warisan memperoleh 29 kerusi DUN. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat