Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

PAS Junjung Kasih Titah Tuanku, Tetap Mendokong Perikatan Nasional

CYBERJAYA: Parti PAS menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang Di Pertuan Agong atas kebersamaan Baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan...

Mesyuarat MT UMNO tegang tapi akhirnya kekal pendirian tolak Anwar, tolak DAP

KUALA LUMPUR- Berdepan mesyuarat tegang dan panas, namun Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencapai kata sepakat untuk kekal dengan keputusan terdahulu tanpa menjalin kerjasama dengan...

Dakwaan Sistem Kesihatan Di Sabah Lumpuh Tidak Benar – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa sistem kesihatan di Sabah semakin lumpuh ekoran peningkatan mendadak kes...

Kerajaan Yang Perlukan Sokongan Najib Boleh Pergi Jahanam, Kata DAP

KUALA LUMPUR – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini menuduh mana-mana pihak yang mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Najib Nafi Desak Ahli Parlimen BN Sokong Anwar

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menafikan dirinya mendesak ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Presiden...

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan negeri.

Beliau sebaliknya menjelaskan, pembentukan kerajaan negeri bukannya dipilih berdasarkan parti yang mempunyai kerusi terbanyak dikalangan semua yang bertanding.

“Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah telah diinterpretasi sebelum ini oleh mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan dalam kes Tan Sri Musa Aman vs Tun Juhar, bahawa gabungan parti yg memenangi lebih dari 50 peratus kerusi boleh membentuk kerajaan.

“Bukannya parti yang mempunyai kerusi yang paling banyak dikalangan semua yang bertanding,” jelas Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memberitahu keputusan pilihan raya negeri ke-16 ini merekodkan Warisan memperoleh kerusi sebanyak 29 kerusi sedangkan Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) 14 kerusi.

Mengikut Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah perlu melantik ketua sebuah parti yang telah menang dalam pilihan raya umum sebagai Ketua Menteri dan diyakini mampu mendapat sokongan majoriti daripada DUN.

Buat masa ini, Sabah masih berteka-teki tentang calon Ketua Menteri daripada Gagasan Rakyat Sabah (GRS) bahkan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin juga meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan.

Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam mencatatkan keputusan PN menang 17 kerusi, BN 14, PBS tujuh kerusi, Bebas tiga kerusi, PKR dua kerusi, UPKO satu
kerusi manakala Warisan memperoleh 29 kerusi DUN.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan