Bekas Pengurus Kempen Trump, Dilapor Cuba Membunuh Diri

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Bekas pengurus kempen Donald Trump, Brad Parscale, dimasukkan ke hospital pada hari Ahad berikutan laporan cubaan bunuh diri di rumahnya di Florida, lapor CNN.

Menurut jurucakap polis Fort Lauderdale, Sgt. DeAnna Greenlaw, pihaknya menerima panggilan dari isteri Parscale yang “merujuk kepada lelaki bersenjata yang cuba membunuh diri.” Polis kemudian mengenal pasti individu tersebut sebagai Bradley Parscale.

“Ketika pegawai tiba di tempat kejadian, mereka menghubungi isterinya, ketika itu sedang menasihati suaminya yang bukan sahaja bersenjata, tapi turut memiliki akses ke lebih banyak senjata api di dalam kediaman tersebut dan mengancam akan membahayakan dirinya sendiri,” kata Greenlaw kepada CNN dalam satu kenyataan.

Pegawai tersebut menentukan bahawa satu-satunya orang di dalam rumah adalah lelaki dewasa.

Greenlaw berkata para pegawai cuba menghubungi Parscale, “mengadakan rundingan agar dia keluar dari rumah berkenaan. Lelaki itu akhirnya ditahan tanpa sebarang kecederaan dan dibawa ke Pusat Perubatan Kesihatan Broward untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Fort Lauderdale Karen Dietrich memberitahu CNN melalui telefon, ada kebimbangan bahawa Parscale boleh membahayakan dirinya sendiri, dan isterinya melaporkan ada senjata di rumah itu. Pasukan SWAT bertindak balas dan setelah beberapa saat Parscale menyerah diri kepada polis, kata Dietrich.

Parscale diturunkan pangkat dari kedudukannya pada musim panas ini setelah perhimpunan Trump di Tulsa, Oklahoma yang disifatkan banyak pihak sebagai satu kegagalan. Walaupun dia masih memegang jawatan senior dalam kempen itu, dia jarang terlihat di ibu pejabat kempen setelah penunurunan pangkatnya.

Tim Murtaugh, pengurus komunikasi kempen Trump, memberitahu CNN dalam satu kenyataan, “Brad Parscale adalah keluarga kami dan kami semua menyayanginya. Kami bersedia untuk menyokongnya dan keluarganya dengan apa cara yang mungkin.” – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat