TYT Serah Surat Jemputan Upacara Angkat Sumpah Kepada Hajiji (Video)

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hadir ke Istana Negeri petang ini.

Hajiji yang berpakaian blazer, bersongkok dan berkemeja putih tiba di Istana Negeri pada 3.55 petang menaiki kenderaan berwarna hitam.

Ketika ditanya wartawan, Hajiji menjelaskan beliau diarah menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Saya dipanggil,” katanya ringkas.

Berdasarkan klip video yang diterima SuaraTV, Hajiji dilihat telah menerima surat jemputan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah ke-16 daripada Tun Juhar.

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat