KUALA LUMPUR – Semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepakat meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menangguhkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA) 2025 memandangkan masih banyak kelompongan yang memerlukan libat urus tuntas semua pihak.
Timbalan Pengerusi Bariasan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, semua ahli Parlimen ada BN menyatakan kebimbangan dan mahu supaya RUU ini ditangguhkan dan dibuat engagement dengan semua pihak supaya tidak ada pihak apabila RUU ini diluluskan akan ada yang menjadi mangsa nanti.
“Saya membawa suara daripada semua ahli Parlimen BN minta supaya pihak KPKT supaya menangguhkan Rang Undang-Undang (RUU) ini.
“Saya nak beri pandangan bahawa ada baiknya RUU ini yang telah pun dibacakan untuk kali pertama dan dicadangkan untuk bacaan kali kedua itu ditangguhkan kerana terlalu banyak lompong lompongan, terlalu banyak perkara yang perlu dilihat semula dan perlu diadakan engagement yang secara tuntas dengan semua pihak.
“… kerana banyak kerisauan dan banyak pandangan dan bantahan yang telah pun dikemukakan – saya telah pun bersama-sama bermesyuarat dan berjumpa dengan semua ahli-ahli Parlimen ada BN dan kesemua kami menyatakan kebimbangan dan mahu supaya RUU ini ditangguhkan.
“Supaya dibuat engagement dengan semua pihak supaya tidak ada pihak nanti apabila RUU ini diluluskan akan ada yang menjadi mangsa – kami amat risau dengan dia punya ambang sepatutnya kita mesti mendapatkan 100 peratus daripada semua pemilik premis.
“… apa definisi urban takde urban mungkin nanti di Rantau… dia sampai kat rumah saya di Kampung Tanjung dia kata nak redevelop (buat pembangunan semula) dia kata ada kuasa untuk membangunkan kawasan di Rantau ini tanpa mendapat restu daripada tuan-tuan dapat 80 peratus dia akan terus bagi syarikat-syarikat untuk membangunkan mana mana kawasan yang dia suka.
” Jadi ini merupakan kerisauan dan saya membawa suara daripada semua ahli Parlimen BN minta supaya pihak KPKT menangguhkan RUU ini agar apabila sesuatu RUU dibawa ke Parlimen sebelum diluluskan pastikan semua pihak yang terlibat dibawa berunding dulu itu pandangan kami lah ya supaya ditangguhkan dulu,” tegas beliau.



