PM umum elaun pembantu tadika KEMAS naik ke RM800

- Advertisement -

SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan elaun Pembantu Pembangunan Masyarakat Sukarela KEMAS sebanyak RM800.

Jelas Perdana Menteri, ianya sebagai menghargai sumbangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kepada negara yang melibatkan 9,439 orang.

Sebelum ini, elaun Pembantu Pembangunan Masyarakat Sukarela KEMAS sebanyak RM500.

Dalam pada itu, ketika berucap merasmikan Perhimpunan Perdana sambutan 60 Tahun KEMAS, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) juga mengumumkan kenaikan bantuan kos sara hidup kepada RM500 berbanding RM300 sebelum ini bagi mengenang jasa anggota Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM) sebanyak 4,423 orang.

Seramai kira-kira 7,000 warga KEMAS hadir pada Majlis Perhimpunan Perdana Sambutan 60 Tahun KEMAS di MAEPS yang juga turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Mahdzir Khalid, pagi tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat