Ziarah kubur, PM tidak langgar SOP – MKN

- Advertisement -

Putrajaya – Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melanggar sebarang Prosedur Operasi Standard (SOP), Pelan Pemulihan Negara (PPN), semasa menziarahi pusara kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah pagi tadi.

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumkan larangan menziarahi kubur hanya dikuatkuasa semasa musim perayaan dan dibenarkan di luar waktu perayaan dengan SOP tertentu.

“Sebenarnya tiada SOP khusus mengenai ziarah kubur. Sebelum ini kita ada SOP khusus ziarah kubur yang kita kaitkan dengan hari perayaan aidilfitri dan aidiladha. Di luar perayaan ziarah kubur tidak menjadi satu isu dan dibenarkan.”

Menurut Rodzi perkara penting dalam ziarah kubur ialah mematuhi SOP penjarakan sosial satu meter dan pemakaian pelitup separa muka.

Rodzi berkata demikian kepada SuaraTV ketika diminta mengulas kecaman segelintir warga media sosial kepada Perdana Menteri sebagai melanggar larangan ziarah kubur dalam Fasa Pemulihan Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat