Qobin Puji Nazri Aziz Bersara Politik

- Advertisement -

CYBERJAYA: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin memuji keputusan Ahli Parlimen Padang Rengas, Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan persaraan dalam politik beliau.

katanya, langkah Nazri Aziz bersara dalam politik memberi ruang kepada anak muda untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang.

”Terima kasih ‘chief’ dan kini tiba masanya kepimpinan Tertinggi UMNO untuk memberikan ruang kepada muka-muka baru dan juga calon muda agar dapat diketengahkan semasa PRU 15 nanti.

”Muka-muka baru bagi saya bukan hanya usia muda sahaja, ada calon yang usia antara 55 tahun – 65 tahun maksima yang ada kewibawaan juga perlu ada dalam kepimpinan akan datang untuk 1 penggal bagi memimpin calon-calon muda dikalangan pemuda, puteri, wanita dan ahli UMNO yang dirasakan layak untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti ini.” Kata beliau.

jelas Qobin lagi, PRU 15 adalah ibu kepada segala kestabilan politik negara. Rakyat juga perlu sepakat memilih 1 sahaja parti dan  komponen yang benar-benar boleh membawa suara dan membantu rakyat, mengembalikan ekonomi negara pada landasan yang baik, menjamin kesihatan rakyat agar segala usaha yang dilakukan dalam menangani Pandemik Covid berjaya.

“Kita tidak mahu ada lagi Ahli-Ahli Parlimen yang tidak bermaruah dan melompat parti sehingga merosakkan kestabilan politik yang boleh menjahanamkan negara dan rakyat.” Ujarnya lagi.

Ditanya samada beliau ingin bertanding pada PRU 15 nanti, beliau menjawab, tidak.

“Saya ingin membantu Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Haji Askolani agar diberikan ruang untuk bertanding terlebih dahulu.

“Saya serahkan kepada UMNO Bahagian  dan UMNO Pusat untuk memilih siapa yang lebih sesuai bertanding di sini. Yang penting, bukan calon lompat. Kita mahu anak tempatan yang tahu selok belok kawasan, dikenali dan mudah didekati orang kampung dan juga boleh pantas berkhidmat untuk rakyat.

”Ada calon-calon yang boleh diketengahkan ”selain saya antaranya Timbalan Ketua Bahagian, Yang Mulia Tengku Datuk Zuhri Abdul Aziz dan juga Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai, Dr. Masliha Harun. Yang penting UMNO Bahagian perlu sepakat dan tiada sabotaj sesama kita.” Katanya. SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat