Hishammuddin Bangga Bonnie Bunyai Sumbang Pingat Emas Untuk Negara

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berbangga dengan atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Anak Gustin kerana  berjaya menyumbang pingat emas pertama negara dalam acara powerlifting kategori 72 kg di Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini.

Kata Hishammuddin, beliau amat berbangga, sebak, terharu mendengar lagu Negaraku berkumandang di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Alhamdulillah, pemegang rekod dunia kebanggaan Malaysia hadiahkan pingat pertama di #Tokyo2020.

“Bangga, sebak, terharu dengar Negaraku berkumandang.” ujar Hishammuddin melalui Facebooknya.

Kemenangan ini kata Hishammuddin, adalah hadiah paling bermakna untuk rakyat Malaysia.

“Terima kasih Bonnie. Terima kasih barisan kejurulatihan. Terima kasih #TeamMalaysia berjuang bermati-matian #DemiMalaysia. Hadiah paling bermakna buat kami di tanah air.” ucap Hishammudin.

Terdahulu, Bonnie Bunyau Gustin berjaya menyumbang pingat emas pertama negara dalam acara powerlifting kategori 72 kg di Sukan Paralimpik Tokyo.

Beliau berjaya melakukan angkatan seberat 228 kilogram (kg) sekaligus mencipta rekod baharu Sukan Paralimpik. Bonnie cuba memecahkan rekod dunia dengan melakukan angkatan seberat 231 kg tetapi tidak berjaya.

Dia sebelum ini memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Keputusan itu meyaksikan dia berjaya mengatasi pencabarnya dari Mesir, Mahmoud Attia yang melakukan angkatan 191 kg untuk pingat perak.

Pingat gangsa menjadi milik Mickey Yule dari Great Britain selepas melakukan angkatan seberat 182 kg.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat