Zahid ‘puji’ cita-cita besar Saifuddin calonkan Hamzah sebagai PM selepas PRU16

SEREMBAN – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik cadangan dan cita-cita Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan) Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang menamakan Presiden Wawasan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Presiden Umno itu terbuka menerima impian besar Saifuddin selaku Setiausaha Agung Parti Wawasan apabila menamakan Presidennya sendiri sebagai calon Perdana Menteri

“Saya rasa itu satu cita-cita yang baik dan saya rasa itu mungkin satu usaha yang sangat-sangat disanjung oleh semua parti-parti politik di negara kita.

“Mudah-mudahan kita ucapkan selamat maju jaya kepada cita-cita besar Datuk Seri Saifuddin Abdullah itu sebagai Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara yang sedang muncul sebagai parti new kid on the block,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.

Saifuddin dalam satu podcast sebuah portal tempatan menegaskan bahawa rakyat kini mahukan “wajah baharu” dalam kepimpinan negara, bukan lagi tokoh lama yang pernah memegang jawatan tertinggi.

Saifuddin menjelaskan bahawa Parti Wawasan membawa tawaran “konsensus nasional baharu” sebagai pendekatan segar kepada politik negara, dengan Hamzah Zainuddin dilihat sebagai antara figura yang mampu memenuhi kehendak perubahan tersebut.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat