Mungkin Tony Pua sampaikan perkara sebenar akar umbi DAP rasa dan fikir tentang BN – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kenyataan ‘panas’ Tony Pua yang melabel Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan ‘korup’ mungkin mencerminkan pandangan sebenar dalam hati dan fikiran penyokong DAP.

Bahkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyimpulkan bahawa hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan masih lagi dalam situasi sangat tidak selesa.

“Kenapa kenyataan dibuat atau dia (Tony Pua) tak boleh buat-buat terlupa bahawa BN adalah rakan kongsi kepada PH dalam kerajaan sedia ada.

“Adakah kenyataan Tony Pua ini menggambarkan pandangan dan pendapat sebenar orang DAP yang tidak dizahirkan secara umum kerana terpaksa jaga hati Umno dan BN atas sebab nak kekal kuasa, jadi mereka tak cakap perkara ini.

“… dan Tony Pua datang dan dia hanya cakap perkara sebenar apa yang DAP fikir dan rasakan,” kata bekas Ketua Pemuda Umno itu dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Rabu.

Pada 23 Jun lalu, media melaporkan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua secara ‘tiba-tiba’ menggelar BN yang kini PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’.

Malah Tony Pua juga melabel imej samakepada BERSATU selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.

Sehubungan itu, Tony Pua menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan Umno dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sementara itu, Khairy berkata, kesan jangka pendek daripada ucapan Tony Pua itu mendatangkan impak berat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir.

“Kesan jangka masa pendek beri kesan berat kerana ia telah tular. Ia akan dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) sewaktu kempen prn nanti dan akan mendorong pengundi-pengundi Melayu yang selama ini sokong Umno untuk tak bagi sokongan kepada calon Umno/ BN atau calon PH,” jangka beliau.

Pun begitu, Khairy juga meramalkan pimpinan tertinggi PH dan BN akan terus bertindak sembunyi masalah ‘bawah karpet’.

“Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan pemimpin PH yang lain akan gunakan istilah ‘move on’ dan terus mengabaikan suara-suara lantang seperti ini yang dianggap sebagai minoriti.

“Kerana apa yang penting bagi kepimpinan tertinggi ialah mereka kekal berkuasa. Suara-suara ini boleh digambarkan sebagai suara minoriti yang tak mewakili kepimpinan.

“Mereka biarkan saja sebab ada juga manfaat untuk benarkan suara ini semasa ke semasa untuk muncul kerana kadang-kadang kepimpinan rasa suara ini perlu dibenarkan untuk mereka biarkan pandangan-pandangan akar umbi itu yang mungkin berlegar di akar umbi disampaikan ia boleh kurangkan tekanan kepada kepimpinan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat