Ketua AMK Selangor dipecat, bubar jawatankuasa serta-merta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir telah memecat Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi dan membubarkam seluruh jawatankuasa AMK Selangor berkuat kuasa serta -merta.

𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫, Danish Hairudin berkata, Akmal juga memecat beberapa Exco AMK Pusat yang dilihat mempertahankan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Gerakan memecat kesemua pimpinan AMK Selangor yang diketuai oleh Najwan ini dilihat langkah politik rakus dalam saat Najwan dilihat sebagai pempimpin masa depan.

“Beliau dipecat atas alasan mesra dengan kumpulan baju hitam yang setia mempertahakan Anwar.

“Kepimpinan AMK di bawah beliau telah berjaya menyatukan semua anggota AMK selepas berlakunya siri pengkhianatan sejak Langkah Sheraton,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Danish turut memberitahu, AMK Selangor merupakan negeri terawal melancarkan jentera PRU-15 dan telah berjaya menyusun setiap langkah menghadapi pilihan raya umum.

“Langkah diambil oleh Akmal ini dilihat memecah-belahkan ahli dalam kalangan AMK yang telah berjaya bersatu di bawah pimpinan.

“Ini merupakan politik khianat dimana memecat seorang pimpinan berkarisma demi kelangsungan politik,” dakwa Danish.

Tambah beliau, Akmal terdesak memecat Najwan selepas melihat kejayaan AMK Selamgor sebuah organisasi yang tersusun dan proaktif.

“Pemecatan ini bermotif politik apabila Akmal telah hilang sokongan majoriti akar umbi.

” Akmal perlu menjawab keabsahan Kongress Nasioanl AMK 2020 yang dijalankan tidak mengikut peraturan tetap,” ujar Danish lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat