Karnival Sukan BAKAT 1 Divisyen, cungkil bakat baharu

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUCHING – Badan Kebajikan dan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Markas 1 Divisyen telah menganjurkan Karnival Sukan pada Sabtu di Komplek Sukan, Kem Muara Tuang.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen (1 Divisyen), memaklumkan karnival sukan ini memupuk semangat kesukanan dan kerjasama di kalangan ahli BAKAT.

Beliau berkata, penganjuran karnival sukan ini menjadi medan terbaik bagi mencungkil bakat baharu di kalangan ahlinya bagi memilih pemain yang akan mewakili 1 Divisyen ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya, bola tampar, futsal dan badminton antara sukan yang dipertandingkan dalam karnival ini.

Katanya, bola tampar telah dimenangi oleh Gabungan Trup 1 Divisyen dengan 9 mata. Tempat kedua pula dari Formasi 9 Briged dengan 6 mata manakala tempat ketiga dari Formasi 3 Briged dengan 3 mata.

Manakala, Futsal turut dimenangi oleh Gabungan Trup 1 Divisyen dengan memperolehi 5 mata kelebihan 3 jaringan, tempat kedua oleh 9 Briged dengan 5 mata, 1 jaringan dan tempat ketiga pula jatuh kepada 31 Briged dengan 3 mata.

Katanya lagi, badminton pula telah dimenangi oleh 3 Briged dengan memperolehi 9 mata, tempat kedua oleh 9 Briged dengan 6 mata dan tempat ketiga jatuh kepada Gabungan Trup 1 Divisyen dengan 3 mata.

Gabungan Trup 1 Divisyen merangkul johan keseluruhan dengan menjuarai pertandingan bola tampar dan futsal dan mendapat tempat ketiga untuk sukan badminton.

“Karnival sukan ini yang bermula pada jam 8 pagi itu, telah dihadiri seramai 150 ahli BAKAT dari Formasi 3 Briged, 9 Briged, 31 Briged dan Gabungan Trup 1 Divisyen.

“Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT 1 Divisyen, Datin Nurul Amira Ahmad Yunan di Dewan Bukavu, Kem Penrissen ,” tambah kenyataan itu lagi. – Suara.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat