Editor Suara.tv, Jannah Jalidar, menyusuri peranan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 bersama Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI), Datuk Mokhtar Hussain.
Latar belakang HAWANA
HAWANA atau Hari Wartawan Nasional adalah hari di mana kita ingin meraikan profesion kewartawanan di Malaysia. Kita ingin seluruh wartawan di Malaysia dapat merasai dan menghargai profesion mereka dan kita sama sama memikirkan bagaimana untuk memajukannya.
Kali pertama kita adakan pada 2018, ketika itu kita hanya ada satu majlis di Kuala Lumpur. Seterusnya kita berharap dapat menyambut HAWANA ini setiap tahun lebih besar lagi. Mungkin dibuat selama 4 hari, mengadakan showcase, dan sebagainya. Tetapi berlaku pandemik. Kita tidak dapat mengadakan HAWANA.
Pada tahun lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu majlis anugerah kewartawanan Malaysia mengingatkan kita kembali keperluan mengadakan HAWANA dan menyebut tarikh 29 Mei.
Tarikh ini dimana akhbar Utusan Malaysia mula diterbitkan. Kita sepakat memilih tarikh tersebut. Dalam masa sama, ketika Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi November tahun lepas, rakan-rakan wartawan di Indonesia pula bertanyakan kepada beliau, bila Malaysia akan mengadakan HAWANA.
Ini yang membuatkan kita rakan-rakan media perlu mengadakan juga HAWANA pada tahun ini. Kita bercadang untuk mengadakan di luar Kuala Lumpur. Jadi bandar itu akan menjadi tuan rumah.
Indonesia juga melaksanakan seperti ini dalam sambutan Hari Press Nasional (HPN). Contohnya, bila Bandung menjadi tuan rumah, bandar Bandung akan dihiasi dengan sepanduk dan sebagainya untuk menyambut seluruh warga wartawan Indonesia. Bandar itu turut sama meraikan wartawan. Jadi kita juga berhasrat untuk mengadakan seperti itu.
Justeru kita cadangkan Melaka. BERNAMA memulakan inisiatif ini sebelum akan datang mungkin media lain pula akan jadi penganjur. .
Keistimewaan HAWANA 2022
Pertamanya kita tahu Melaka sebagai tuan rumah kerana di sini banyak warisan sejarah. Melaka juga yakin mampu menjadi tuan rumah yang baik sebagai panduan HAWANA akan datang. Kali ini kita akan mengadakan Deklarasi Melaka, tentang komitmen dan aspirasi wartawan di Malaysia.
Seterusnya kita menjemput lebih kurang 17 pemimpin media Indonesia yang terdiri daripada tokoh-tokoh hebat. Selain itu di sana ada persatuan wartawan Indonesia yang memayungi wartawan mereka. Kehadiran mereka ini menjadi satu lambang bahawa wartawan Malaysia dan Indonesia ini mampu mewujudkan permuafakatan penting dua negara yang saling berinteraksi terutama kedudukan strategik di rantau ini. Jadi masing-masing wartawan Malaysia dan Indonesia memainkan peranan penting.
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) telah wujud 15 tahun dahulu ketika itu kita saling tahu hubungan kita terkadang ada konfrontasi antara dua negara ini. Jadi apabila adanya ISWAMI kita berhubung rapat melalui Whatsapp group dari Jakarta dan Kuala Lumpur dan saling berkongsi pandangan. Kita begitu akrab ini penting hubungan yang baik kerana berperanan membangunkan negara. Perkongsian pandangan antara kedua dua negara ini penting. Kehadiran mereka menjadi signifikan hubungan kita ini.
Pemilihan tarikh HAWANA diadakan pada 29 Mei
Kita masing-masing ada sejarah jadi pada beberapa tahun dahulu kita bersepakat memilih 29 mei adalah penerbitan akhbar utusan melayu dan kita pilih tarikh sebagai hari wartawan malaysia,.
Sebelum ini kita ingin mengadakan pameran dan sebagainya. Selain itu ada cadangan ingin mengadakan sukan dan penglibatan wartawan. Juga memberi ceramah ke sekolah-sekolah. Namun ceramah kerjaya, mungkin selepas 29 Mei, kita boleh adakan. 29 Mei disebelah pagi kita akan adakan Forum Media Malaysia. Mereka akan memanggil tokoh-tokoh wartawan membincangkan tentang industri media di Malaysia. Bagaimana kita ingin bergerak ke depan.
Cabaran industri kewartawanan hari ini
Pertamanya walaupun kita sedar adanya teknologi begitu pantas bagi saya kita perlu bina kekuatan diri. Terutama wartawan perlu sedar dan insaf dirinya sebagai wartawan. Selalu ingin anda seorang wartawan bukan ahli politik. Seorang wartawan dia melihat sesuatu perkara itu dari perspektif berbeza. Apabila ada kesedaran itu kita sentiasa akan berusaha untuk memajukan profesion ini. Kita perlu memahami teknologi dan melengkapkan diri dengan marketing media dan sebagainya. Ini membolehkan kita terus kekal relevan dan dapat memainkan peranan kepada masyarakat. Itu yang lebih penting.
Peranan ISWAMI
Di malaysia kita ada ISWAMI dan Indonesia juga. Peranan kita setiap hari monitor perkembangan dan salin bertukar pendapat. Baru-baru ini rakan di Indonesia bertanyakan harga minyak kita, jika ada kesilapan maklumat kita akan perbetulkan salah tanggapan ini. Malah baru-baru ini ada Piala Thomas kita saling menyokong, ini menunjukkan kita ini serumpun. Itu pentingnya peranan yang ISWAMI laksanakan. Ramai pengasas dahulu seperti Allahyarham Datuk Jalil Ali, allahyarham Ahmad Talib dan allayarham Datuk Bahrum. Ramai tokoh hebat juga di Indonesia. Kita akan bawa ramai tokoh menghadiri HAWANA dan akan buat kunjungan hormat bersama Perdana Menteri.
Hasrat kita ingin membawa selruuh wartawan di Malaysia. Namun kekangan yang ada, kita harap akan datang kita dapat mengadakan HAWANA seperti karnival atau jambori.
Wartawan seluruh negara berhimpun dan berkongsi pengalaman masing-masing. Harapan saya pada golongan wartawan muda, nampak hasrat kedepan supaya ada kesedaran dapat meneruskan hasrat yang telah kita pupuk sekarang ini. Kerana sudah tiba masanya wartawan muda pula perlu mengambil alih. Itulah harapan kita.