Tajuddin tidak ditahan SPRM, sedang bermesyuarat di Menara Dato’ Onn

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berita kononnya bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak benar.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu ketika ini sedang menghadiri mesyuarat bersama Sekretariat Pilihan Raya UMNO bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selaku Pengarah Pilihan Raya UMNO, Tajuddin menjalankan tugasnya seperti biasa ia sekali gus menafikan dakwaan kononnya beliau ditahan SPRM.

Pagi ini kecoh apabila media melaporkan Tajuddin ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Difahamkan, siasatan itu dipercayai dibuat berikutan pelantikan menantunya dalam Prasarana.

Diberitakan juga beliau ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM selepas beliau dipanggil memberi keterangan.

Tajuddin bagaimanapun dibebaskan dengan jaminam SPRM selepas itu dan siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pada 26 Mei lalu, Kementerian Kewangan Diperbadankan bersetuju menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat