Selepas Set Makanan, Koleksi McDonald’s x BTS Edisi Terhad Pula Dijual Secara Rasmi

- Advertisement -

Kolaborasi antara McDonald’s dengan BTS tidak terhenti di ‘The BTS Meal’ sahaja kerana kini para peminat boleh mendapatkan ‘full collection’ untuk dikumpul sebagai koleksi.

Untuk pengetahuan anda, koleksi McDonald’s x BTS ini ini terdiri daripada bath robe, t-shirt, sweatshirtsling bag, stoking dan juga payung. Warna ungu lilac dipilih sebagai warna dominan koleksi ini agar ‘match’ bersama bekas makanan ‘The BTS Meal’ yang kini sedang hangat dijual.

Dapat dilihat pada setiap barangan diletakkan logo BTS dan juga McDonald’s menjadikan ia cukup istimewa buat para peminat BTS.

Menjengah ke Twitter, rata-rata peminat sudah mula membeli koleksi-koleksi ini dan tidak mahu terlepas mendapatkan koleksi edisi terhad ini. Malah, para peminat turut teruja melihat koleksi-koleksi yang dijual disebabkan rekaannya yang cantik.

 

 

Buat anda yang mahu mendapatkan koleksi ini, klik sahaja pautan ini dan dapatkan segera kerana ia hanya tersedia untuk waktu terhad sahaja. Sebelum terlupa, koleksi ini hanya boleh dibeli laman sesawang rasmi WeVersesShop sahaja dan tidak tersedia secara fizikal di Malaysia. Tunggu apa lagi?

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat