Hishammuddin Cadang Johor Lakukan ‘Circuit-Breaker’ Untuk Elak Pandemik Lebih Menular

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien menyarankankan kepada kerajaan Negeri Johor agar melaksanakan beberapa langkah bagi menggelakkan penularan wabak Covid-19 meningkat di negeri tersebut.

Menurutnya, beberapa cadangan yang beliau kemukakan pada dalam Mesyuarat Pengurusan Covid-19 Negeri Johor hanya boleh dilaksanakan dengan lebih baik di peringkat negeri sekiranya Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh membantu dan menjadi pemudah cara.

“Sebagai menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar minggu lalu, hari ini telah diadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor Datuk Haji Hasni bin Mohammad dengan penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen negeri Johor termasuk saya sendiri bagi membincangkan mengenai pengurusan pandemik #COVID19 di Johor.

“Alhamdulillah, perbincangan berjalan lancar. Yang paling saya bangga, semua pihak tidak kira daripada Kerajaan mahupun pembangkang saling senada serta terbuka dalam menyuarakan cadangan dan kaedah bagaimana untuk menangani krisis Covid-19 khususnya di Johor dengan lebih baik,” katanya di Facebook.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menjelaskan lagi, antara cadangan yang beliau kemukakan ialah pelaksanaan strategi “Circuit-Breaker’ bagi mengelak berlakunya jangkitan Civid-19 yang lebih meluas dalam kalangan komuniti.

Selain itu katanya, penyelarasan SOP dan naratif yang lebih jelas serta mudah difahami rakyat, pelaksanaan saringan Covid-19 secara besar-besaran dan penambahan bekalan vaksin Covid-19, ujar beliau lagi.

“InsyaAllah, sekiranya semua pihak saling berganding bahu, pengurusan pandemik Covid-19 yang lebih baik di Johor bukan sahaja boleh kita usahakan, malah apa yang Johor laksanakan boleh dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain sekaligus membantu usaha menangani pandemik di peringkat nasional. Sama-sama kita doakan,” katanya.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar baru-baru ini menitahkan supaya semua ADUN di Negeri Johor berbincang dan memberi buah fikiran yang bernas dalam usaha menangani pandemik dan menyejahterakan rakyat.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad itu antara lain menyentuh mengenai proses pemberian vaksinasi dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Perbincangan itu lebih menyentuh secara menyeluruh mengenai pelbagai aspek meliputi pengurusan pandemik COVID-19 di negeri itu.

“Mesyuarat seumpama ini akan diadakan lagi pada masa hadapan. Jadi, saya harap akan lebih kerap dan tertumpu kepada isu yang lebih fokus kepada warga Johor dan tumpuan kepada jalan penyelesaian,” kata Hasni. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat