The Assistant lakar sejarah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Belum ditayangkan di pawagam tempatan, filem mengangkat kisah lelaki yang merengkuk dalam penjara atas kesalahan tidak dilakukannya, The Assistant arahan Adrian Teh lakar sejarah apabila disenarai pendek dalam festival filem antarabangsa, Far East Film Festival (FEFF) Ke-24 di Udine, Itali.

Ia sekali gus membuka peluang filem diterajui pelakon Iedil Dzuhrie Alaudin dan Hairul Azreen itu mengisi slot tayangan perdana di peringkat global.

Pengerusi Malaysia International Film Festival (MIFFest), Joanne Goh, berkata ia adalah kali pertama filem The Assistant ditayangkan di festival filem dunia.

“Kami teruja apabila mengetahui filem The Assistant secara rasmi disenarai pendek dalam FEFF, sekali gus mempunyai peluang bagi tayangan perdana di platform antarabangsa.

“Membawa filem Malaysia yang cemerlang memasuki industri filem antarabangsa menjadi misi MIFFest selama ini.

“Tahun ini juga kali pertama MIFFest dan FEFF bekerjasama. Kami berharap dapat membawa pencapaian baharu kepada industri perfileman dan televisyen Timur dan Barat menerusi kerjasama ini,” katanya kepada BH Online.

Menyifatkan filem The Assistant mewakili reputasi Malaysia di peringkat global, Adrian berkata, dia bangga hasil kerja pembikinan filem tempatan mendapat pengiktirafan.

“Sebagai pembikin filem, saya ingin berterima kasih kepada MIFFest atas bantuan dan sokongan diberikan.

“Saya amat menantikan slot tayangan perdana dunia dan tentunya berharap penonton di Udine akan menyukai filem The Assistant,” katanya.

 

Adrian dan pelakon filem The Assistant bangga mewakili reputasi Malaysia ke peringkat global.
Adrian dan pelakon filem The Assistant bangga mewakili reputasi Malaysia ke peringkat global.

 

Pengarah filem Paskal, Wira dan Pasal Kau itu turut menyampaikan penghargaan terhadap usaha barisan pelakon dan kru atas kerja satu pasukan.

“Tanpa usaha satu pasukan tidak mungkin kami mampu menghasilkan filem yang unggul.

“Filem ini sarat dengan babak aksi dan banyak ‘twist’. Pengakhiran filem ini tidak boleh dijangka. Peminat kena menonton hingga minit akhir di mana pada detik itulah terjawab kemuncak segala persoalan,” katanya.

The Assistant mengangkat kisah Zafik lakonan ledil yang terpaksa merengkuk dalam penjara atas kesalahan tidak dilakukan.

Selepas hilang segala-galanya, Zafik bertemu Feroz (Hairul Azreen) yang sering muncul pada waktu yang tepat. Adakah Zafik berjaya merungkai motif sebenar Feroz?

Sepanjang perkenalan, berlaku pelbagai konflik dan pertarungan hingga pertumpahan darah.

Selain Iedil dan Hairul Azreen, filem menelan belanja RM6 juta turut menampilkan Henley Hii dan Farali Khan.

Mengetengahkan genre thriller dan aksi, The Assistant adalah kolaborasi Sony Pictures Entertainment Malaysia dan Act 2 Pictures.

Filem The Assistant menemui penonton di pawagam di Malaysia pada 19 Mei depan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat