Drama raya Suria FM tarik perhatian

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin terkejut apabila drama raya Suria FM berjudul Dodol Tak Bergula kini trending nombor dua di platform YouTube.

Video yang dimuat naik di saluran Youtube Suria TV itu sudah mencecah lebih 360,000 tontonan sejak dilancarkan 22 April lalu.

DJ Lin berkata, dia berasa gembira dan bersyukur apabila segala hasil titik peluh serta kerja keras semua pihak dalam menjayakan telefilem itu akhirnya meraih sambutan yang luar biasa.

“Kami berasa sangat gembira dan tak sangka apabila segala hasil titik peluh semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan drama raya ini berhasil dan mendapat maklum balas positif.

“Saya berasa teruja apabila rata-rata pendengar dan penonton memberikan reaksi terhadap setiap watak yang dilakonkan. Ini bermakna, mereka bukan sekadar menonton semata-mata.

“Saya percaya konsep drama ini yang disampaikan secara bersahaja, ringkas dan dekat dengan masyarakat membuatkan ia diterima baik. Drama ini juga akan membuatkan kita teringat kepada ibu kerana itulah mesej utama yang ingin disampaikan.

“Sebagai anak hargailah ibu dan terima dia dalam apa juga keadaannya sekarang. Selagi hayat ibu masih ada balaslah jasanya dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa,” katanya.

Menurut DJ Lin, menerusi telefilem Dodol Tak Bergula dia mencabar diri apabila membawakan karakter antagonis sebagai Lin disamping barisan penyampai Suria FM serta penampilan istimewa pelakon hebat Wan Maimunah.

“Barangkali kehadiran ibu Wan Maimunah memberikan satu inspirasi yang lain sebab saya tak pernah berjumpa dia secara peribadi. Sejujurnya saya sangat kagumi dan idolakan lakonannya dari kecil.

“Jadi berkesempatan berlakon dengannya, saya perlu lakonkan watak yang diberikan dari hati. Lagipun ketika dia tiba ke lokasi penggambaran dia sudah mendalami watak yang ingin dibawakan.

“Walaupun kami ini hanya sekadar penyampai radio yang mungkin dia tidak kenal tapi dia langsung tak berlagak, sebaliknya dia anggap kami sudah berkawan lama. Dia juga ada pesan apabila berlakon jangan hafal skrip sebaliknya memahami watak yang dibawakan,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat