Serina fokus bisnes sahaja

- Advertisement -

KONTROVERSI pernikahan dan fitnah kartel dadah yang dilaluinya sejak kebelakangan ini membuatkan nama pelakon, Serina Redzuawan menjadi sebutan ramai.

Ditambah pula apabila netizen tidak berhenti melemparkan pelbagai kata-kata nista, seolah-olah mengetahui apa yang berlaku di sebalik kehidupannya selama ini.

Enggan lagi menoleh ke belakang, ibu kepada dua anak ini mahu kembali fokus dalam perniagaan telekung yang diceburinya sejak dua tahun lalu. Malah, dia tidak mahu perniagaan yang dibina dari kosong bakal musnah begitu saja.

Berkongsi pengalaman menjadi usahawan, Serina, 38, berkata, pada peringkat awalnya dalam perniagaan telekung jenama Serina Inspire itu, dia memberi fokus kepada telekung yang bersaiz besar.

“Saya mahu setiap pembeli yang menggunakan telekung ini berpuas hati dengan rekaan yang selesa dan berkualiti terutama bagi mereka yang berbadan gempal.

“Apa yang menggembirakan saya adalah selepas setahun lebih berada di pasaran, telekung ini sudah mengeluarkan lebih 10 corak dengan purata jumlah jualan melebihi 1,000 pasang sebulan,” katanya.

Bersempena Ramadan ini, Serina melancarkan dua corak baharu dengan lapan warna menarik.

“Sasaran jualan Ramadan ni, Serina Inspire menampilkan dua corak baharu dengan material kain kapas denim yang terdiri daripada lapan warna menarik.

“Telekung ini agak berbeza dengan telekung jenama lain di pasaran kerana saya menggunakan material yang berbeza dan pastinya tidak mengecewakan sesiapa yang mencubanya.

“Satu lagi adalah telekung sedondon ibu dan anak berusia tuju 7 hingga 11 tahun di mana lima warna pastel menggunakan kain jersi lembut bersulam terus di atas kain yang nampak eksklusif dan mahal namun pada harga mampu milik,” katanya.

 

 

Mengulas lanjut, anak kepada cef popular, Chef Wan ini berkata, pembabitannya dalam perniagaan itu bukan dibuat tergesa-gesa dan ingin mengambil kesempatan di atas kariernya sebagai selebriti.

“Paling utama Serina Inspire memberi jaminan wang dikembalikan jika ada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kualiti produk. Cuma, saya berharap agar bidang perniagaan ini menjadi sumber pendapatan saya juga.

“Saya menyasarkan yang mana produk ini berkembang maju seiring dengan jenama lain yang terkenal di pasaran termasuk dapat dieksport ke luar negara.

“Saya tidak berniat untuk bersaing sebaliknya sekadar ingin memberi alternatif kepada Muslimah membuat pilihan koleksi telekung untuk kegunaan solat lima waktu mereka,” katanya.

Sementara itu, Serina juga menjalankan perniagaan air minuman dikenali Air Jagung Heaven yang dipasarkan di stesen minyak seperti Shell dan Petronas selain giat menjual biskut raya serta menyediakan perkhidmatan hamper Raya sepanjang Ramadan ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat