Ramai ‘tak cerdik’ kecam sekatan jalan raya termasuk menteri, pegawai kerajaan – IGP

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi bayangan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan saja berdepan dengan kecaman orang ramai yang tidak senang dengan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR), bahkan daripada “orang dalam” kerajaan sendiri.

Menzahirkan rasa terkilannya, kata Abdul Hamid, kecaman itu datang daripada mereka yang sepatutnya faham tentang tujuan SJR diadakan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN)bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Beliau menyebut “orang dalam” itu ada yang terdiri daripada “pegawai-pegawai kerajaan” bahkan ada yang terdiri daripada “menteri” sendiri.

“Yang saya sedih itu, dalam mesyuarat dibangkitkan, ‘mengapa PDRM mendirikan sekatan jalan di Putrajaya’. Apa kena mengena Putrajaya dengan mendirikan sekatan jalan?

“Datang daripada dalam, kecaman itu, daripada orang yang sepatutnya faham tentang perlunya SJR didirikan atas arahan MKN … masih ramai yang tak cerdik, mengecam tanpa usul periksa – ‘Mengapa PDRM sengaja menyusahkan orang mendirikan sekatan jalan di Putrajaya?’

“Jadi bagi orang yang tak cerdik ini, saya ingatkan, buka, baca balik arahan-arahan MKN, sebelum nak kutuk PDRM,” katanya memetik Malaysiakini.

Abdul Hamid disoal berkenaan rancangan polis sempena hari raya nanti untuk mengetatkan SJR di plaza-plaza tol lebuh raya bagi mengelakkan orang ramai pulang ke kampung secara curi-curi, memandangkan pergerakan rentas negeri masih belum dibenarkan setakat ini.

Kata Abdul Hamid, polis mungkin akan membekukan cuti semua pegawainya, dan dia yakin polis mempunyai kekuatan cukup bagi mengawal pergerakan, seperti mana dapat dilihat pada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.

Lebih-lebih lagi, katanya, dengan perkembangan semasa yang menyaksikan kes Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan kes harian masih di tahap tinggi.

Pada satu-satu masa, kata Abdul Hamid, polis mampu mengerakkan 46,000 anggota dengan 12,000 lagi bersiap sedia (standby), dan jumlah itu belum termasuk kekuatan agensi lain seperti tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Walaupun PKP tak diisytiharkan (hari raya nanti), kita akan laksanakan tindakan mengetat (penguatkuasaan), seolah-olah PKP dilaksanakan,” katanya.

Oleh hal yang demikian, Abdul Hamid memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mengecam polis yang mengadakan SJR pada musim perayaan nanti, kerana didakwa menyebabkan kesesakan jalan raya sehingga berkilomer jauhnya.

Apatah lagi, kata Abdul Hamid, jika kecaman itu datang daripada “orang dalam” kerajaan sendiri.

“Kalau adalah pegawai-pegawai kerajaan sendiri yang tak faham, yang tak cerdik ini, datang berjumpa saya. Saya nak ajar mereka kenapa kita buat macam itu. Jangan pandai-pandai nak mengadu saja, nak kritik saja.

“Saya kalau dari orang ramai ini saya faham. Tapi kalau datang dari dalam, menteri sendiri …

“Saya minta mereka sendiri fahamlah. Hari-hari bermesyuarat, balik-balik kisah kesesakan. Nak jadi juara nak membela orang ramai. Lepas tu salahkan kami (polis),” luahnya lagi.

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Benar Kata Zuraida, DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Cuba Mengajar UMNO.

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Hari ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyelar kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB...

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...