Kes Baru Covid-19 Melonjak, 3,142 Jangkitan Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan kes melebihi angka 3,000 hari ini apabila merekodkan 3,142 kes, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes sebanyak 401,593 kes.

Kali terakhir negara mencatatkan angka melebihi 3,000 adalah pada 25 Februari lalu sebelum jangkitan harian kes menurun.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah yang dilaporkan hari ini, 3,129 kes membabitkan penularan tempatan, manakala 13 kes lagi adalah kes import.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,019 kes (32.4 peratus) dengan 819 kes (80.4 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 523 kes (16.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes (14.0 peratus).

“Sebanyak lima (5) kes (0.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan pusat tahanan yang membabitkan Kluster Pagar Sri Lalang (3 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 306 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), 151 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 15 kes kematian pada hari ini yang membabitkan enam kes di Sarawak, dua kes di Kelantan, serta masing-masing satu kes di Johor, Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, dan Pahang. Semua kes kematian membabitkan warganegara,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat