Tabiat Meletak Dua Kali Jarak Selepas Titik (Semasa Menaip), Sebenarnya SALAH – Ms Word

- Advertisement -

MICROSOFT Word akan mula menjadikan tabiat meletak 2 kali jarak selepas titik semasa menaip, sebagai satu kesalahan dalam aplikasi berkenaan.

Satu garisan biru akan keluar, menandakan kesalahan telah dibuat. Pengunaan garisan untuk menanda kesalahan dalam Ms Word adalah biasa dengan garis merah untuk kesalahan ejaan dan sebagainya.

Aplikasi tersebut sebelum ini menyokong tabiat meletak 2 jarak selepas titik apabila secara automatik mengubah huruf kecil pertama menjadi huruf besar sekiranya pengguna terlupa menukarnya.

Menurut Microsoft, tabiat itu sebenarnya diwarisi dari penggunaan mesin taip dahulu, supaya perbezaan antara satu ungkapan dengan ungkapan yang lain, nampak ketara.

Sedangkan menurut standard yang sebenarnya, satu kali jarak sahaja sudah cukup.

Pengguna yang sudah terbiasa bagaimanapun, boleh mengubah tetapan tertentu dalam aplikasi berkenaan supaya tabiat itu tidak dianggap satu kesalahan oleh oleh Ms Word -CNN

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat