2.8 Juta Orang Di Dunia Dijangkiti Covid-19, 1 Juta Di AS Sahaja

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Ketika beberapa negeri bersedia untuk membuka kembali ekonomi masing-masing dalam tempoh terdekat, keadaan keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara tersebut, semakin memburuk, lapor CNN.

Texas sebagai contoh akan membuka semula ekonomi negeri tersebut tengah malam ini walaupun dalam kapasiti terhad.

Jumlah jangkitan keseluruhan di negara itu semakin meningkat, melepasi sejuta (1,010,507) orang dan jumlah kematian juga semakin menghampiri 57 ribu (56,803) orang.

Yang menjadi persoalan di kalangan professional di negara tersebut ialah model dan janji Rumah Putih untuk menangani masalah tersebut nampak tidak berkesan.

Antaranya, janji pentadbiran Trump bahawa negara itu akan mampu mengadakan lebih banyak ujian saringan, didapati masih jauh dari sasaran, bahkan sekarang ini ada banyak persoalan sama ada kit ujian yang digunakan itu, benar-benar berkesan atau hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Maka tidak hairan kenapa Pusat kajian & Pengesanan Penyakit berjangkit (CDC) negara itu melihat masalah yang lebih besar menjelang musim sejuk yang akan datang.

Negara itu juga sedang berdepan masalah bekalan makanan terutama daging berikutan banyak pusat pengeluaran daging di negara tersebut dikesan sebagai pusat penyebaran Covid-19 dan terpaksa ditutup

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat