‘Kenyataan Fuziah Seperti Menghina Intelektual Rakyat’

- Advertisement -

SEREMBAN – Bekas pemimpin akar umbi PKR, Badrul Hisham Shaharin membidas kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berhubung Notis Saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu.

Menurut kenyataan rasmi Fuziah, beliau telah diarahkan hadir pada esok, 29 April 2020 oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu.

Di dalam kenyataan tersebut, Fuziah dengan tegas berkata, akan mempertahankan kebenaran dan hak beliau berkenaan dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Sebentar tadi saya telah menerima satu surat notis saman daripada Mahkamah Majistret Johor Bharu bertujuan memaklumkan kepada saya untuk hadir di Mahkamah Majistret Johor Bharu pada hari Rabu 29 April.

“Surat notis tersebut menyatakan di mana ianya berkenaan Kanun Keseksaan Seksyen 505 (b): Kenyataan -kenyataan yang mendatangkan khianat awam. Manakala Akta SKMM seksyen 249 pula menyentuh berkenaan Capaian berkenaan data berkomputer.

“Sekiranya pertuduhan ini bersifat politik, ianya amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku.

“Saya akan terus pertahankan kebenaran dan hak saya serta pasti bahawa yang hak itu akan terserlah jua,” tulisnya menerusi kenyataan itu.

Melalui kenyataan media Fuziah tersebut, Badrul yang juga turut dikenali sebagai Chegubard berkata, Fuziah seolah-olah mahu menghina sistem perundangan negara ini.

Fuziah juga menurut Chegubard dilihat seperti sedang menghina tahap intelektual rakyat negara ini kerana mempersoalkan tindakan mahkamah yang memanggilnya hadir itu, seperti satu konspirasi politik.

“Perbuatan oleh Fuziah itu jelas suatu kesalahan secara langsung berkenaan posting di Facebook, tiada langsung soal konspirasi politik.

“Bila baca kenyataan Fuziah, saya melihat bahawa sama ada fuziah ini mahu menghina sistem perundangan malaysia atau dia berniat  menghina tahap intelektual rakyat malaysia.

“Dengan dia memperbodohkan rakyat bahawa kes dia sekarang adalah bersifat politik.

“Kes ini sebenarnya mudah, dia muat naik video fitnah, boleh menimbulkan keraguan dan keresahan rakyat,” katanya ketika dihubungi oleh SuaraTV.

Chegubard, turut membandingkan kes Fuziah dengan dua kes terdahulu yang melibatkan kesalahan sama yang dibuat oleh pesalah lain sebelum ini.

“Kita lihat pada dua kes terdahulu, kes pekerja kilang yang tiada kepentingan dalam masyarakat, menaikkan status di media sosial berkenaan daging kambing dan daging babi.
Dia didenda 3000. Sebelum itu, rumahnya diserbu, alat komunikasinya dirampas bagi tujuan siasatan.

“Kes kedua, di Sandakan apabila seorang bekas pekerja syarkita keretapi, dia muat naik kononnya seorang banduan meninggal dunia dalam penjara akibat Covid-19.
Beliau pesara, dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM5000.

“Berbanding Fuziah yang berpendidikan tinggi dan pernah terlibat dalam pembentukan polisi dalam negara, dan juga ahli parlimen, sepatutnya kesilapan sebegitu
tidak boleh berlaku terutama dalam keadaan semua orang dalam situasi tertekan akibat Covid-19 dan ekonomi.

“Dia boleh muatnaik video kononnya berlaku satu ‘rempuhan’ di sempadan Johor – Singapura yang terdiri
daripada rakyat Malaysia yang pulang daripada Singapura dalam pada ketika itu kes positif Covid-19 di negara seberang itu agak tinggi.

“Dia sendiri juga secara jelas, telah mengaku menyebar berita palsu dan kemudiannya memadam hantaran tersebut.”

Justeru, bekas pemimpin akar umbi PKR itu berpendapat bahawa Fuziah patut mendapat hukuman yang lebih tinggi daripada hukuman yang telah diterima oleh seorang pekerja
kilang dan juga hukuman yang diterima oleh seorang pesara pekerja syarikat keretapi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat