Kucing Hitam Dimasak Sebagai Ubat Covid-19, Selepas Berita Palsu Tersebar

- Advertisement -

HANOI, VIETNAM – Selepas berlaku penyebaran palsu kononnya kucing hitam boleh menjadi penawar kepada Covid-19, sekumpulan masyarakat di Vietnam membunuh dan menjadikan kucing hitam sebagai pes, yang dipercayai boleh mengubati Covid-19.

Memetik laporan The Sun UK, pertubuhan No To Dog Meat di negara itu berkata, kucing terlebih dahulu akan direbus, disiat kulit dan dimasak sehingga menjadi pes sebelum dimakan.

Beberapa keping gambar yang dikirim oleh pertubuhan tersebut juga menunjukkan gambar seorang kanak-kanak yang dipercayai sedang meminum pes daripada haiwan tersebut.

Menurut pengasas pertubuhan tersebut, Julia de Cadenet berkata, sehingga kini masih tiada bukti yang mengesahkan bahawa ramuan daripada kucing hitam kedalam ‘ubat’ tersebut mampu mengubati Covid-19.

“Pandemik ini bukan alasan untuk menjadikan haiwan tidak berdosa sebagai pengubat,” memetik kenyataan beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat