Tegas dan tiada kompromi – APAD

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang membabitkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

APAD dalam kenyataannya pada Rabu memaklumkan, memandang serius insiden kemalangan melibatkan sebuah lori treler yang merempuh 11 kenderaan di kilometer 11.1 Lebuhraya Pasir Gudang-Perling menghala ke Perling.

“Tular di media sosial melalui kamera perakam video (dashcam) berdurasi 35 saat pada Selasa memaparkan sebuah lori treler terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh 11 buah kenderaan lain yang berhenti di laluan bertentangan, ”katanya.

“Berdasarkan siasatan awal pihak polis, kemalangan tersebut berlaku apabila lori treler dari arah Perling menghala ke Pasir Gudang telah terbabas selepas mengelak sebuah Mercedes Benz yang mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kanan dalam laluan lori treler itu.

Susulan itu, agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, seterusnya memastikan insiden seumpama ini dapat dielakkan daripada berulang, ”katanya lagi.

Menurutnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bertindak menjalankan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan dan Pemeriksaan (JISA) termasuk semakan saman yang pernah dikeluarkan kepada pemandu atau syarikat lori treler tersebut dan turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM untuk mendapatkan laporan siasatan kemalangan.

Pihaknya turut bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk mendapatkan laporan teknikal siasatan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan hasil laporannya dijangka diperolehi dalam masa terdekat.

Ujarnya, APAD akan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada pengendali berlesen terlibat setelah mendapatkan laporan JISA dan laporan pemeriksaan kenderaan selepas kemalangan dari PUSPAKOM bagi mendapatkan kesahihan kes kemalangan.

“APAD ingin mengingatkan mana-mana syarikat untuk memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dalam memastikan keselamatan terhadap pengguna jalan raya yang lain, ”tegasnya.

Tegasnya lagi, pengendali dan pemandu perlu sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa beroperasi terutama perkara yang melibatkan hal-hal keselamatan jalan raya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat