Dewan Negara Lulus Usul Junjung Kasih Titah Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Negara pada Isnin meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-14 pada 28 Februari lepas​​​​​.

Usul itu disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju setelah ia dibahaskan selama tiga hari mulai 21 Mac, disusuli penggulungan 26 kementerian terlibat selama dua hari.

Antara isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan adalah berkaitan status Akta Anti Lompat Parti, pengiktirafan peranan wanita dalam urusan pentadbiran negara, meminda akta berkenaan perbuatan memalukan fizikal seseorang terutama golongan Orang Kurang Upaya dan isu tuntutan terhadap Sabah.

Persidangan hari ini menyaksikan 18 kementerian menggulung perbahasan termasuk lima di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mengikut takwim Dewan Negara, persidangan esok akan diteruskan dengan pembentangan Rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain dan disusuli sesi perbahasan.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat