Pengkhianat dalam UMNO akan berdepan lembaga disiplin,” tegas Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, lembaga disiplin parti akan memutuskan tindakan yang sewajarnya diambil terhadap pengkhianat dan pemimpin yang menikam parti dari belakang.

“Keputusan itu bukan keputusan presiden tapi lembaga disiplin yang akan bawa perkara itu untuk diteliti jawatankuasa pengurusan kemudian ke MKT,” katanya pada sidang media di PWTC, hari ini.

Dalam ucapannya, tanpa menamakan sesiapa, Zahid berkata terdapat pemimpin UMNO yang lupa mereka dilantik ke Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana UMNO.

“Jika ada di kalangan mereka yang terlalu seronok duduk dalam bilik yang terlalu berhawa dingin dan kerusi empuk, lihat dan harus tahu mereka yang ada di sana termasuk seorang menteri tapi tak ada di pentas ini tapi menikam UMNO dari belakang.

“Kalau dia anak jantan dia harus letak jawatan sebagai menteri. Ini makhluk perosak, kalau bukan kerana Umno tak mungkin dia ada dalam kementerian berkenaan,” kata Zahid dalam ucapannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat